Wednesday, October 23, 2013

semalam hari pening aku

Assalamualaikum..

kejap ada kejap tak de.. dah macam biskut aku ni :-) tak pelah, sendiri tulis, sendiri baca lah kan. kalau ada sape2 nak baca silakan.. tq sangat2 :-)

Alkisah semalam.. adalah hari pening aku.. pening pasal kerja.. aku ni nak kata jenis kelam kabut, ada sikit lah. jenis terlalu detail sampai dah check detail pun ada salah juga. aku dah 3 bulan lebih sikit kat sini.. sepatutnya dah dapat tangkap sikit2 lah kan. 

Payment yang aku buat sebelum raya hari tu banyak yang kena query.. ada dua projek tu tak cukup dokumen. tu bukan my fault lah kan. orang lama punya fault. ni payment projek sakit ni. sampai yang in charge projek pun rasa kesakitannya juga. berapa kali ek aku buat asik ada je silapnya.. huhu. malu juga. pastu dah baiki2 ok. ayat nak sedapkan hati "manusia tidak lari dari membuat kesilapan".. lagi nak sedapkan hati "aku budak baru, banyak benda tak tahu" teettt... :-p 

Tiba2, time solat maghrib semalam, syaiton punya kerja telah menimbulkan tanda tanya kat aku. "betul ke ko buat tu.. kenapa kontraktor dapat payment banyak pulak bulan ni".. terus je aku tak senang duduk. siap termimpi2 aku dapat interview keje lain.. haha.. 

Masuk2 opis je terus aku tengok payment aku tu betul ke tak.. alhamdulillah.. mana ada silap lagi. choi betul.. memang setan lah ko setan.... perasaannya seperti macam ni. ko bila dah habis exam, ko pegi semak balik soalan tu then terjumpa ada satu page yang ko tertinggal tak buat. terus menggelupur kesawanan.. haaa cam tu lah aku.. 

Haa.. ingat senang ke keje orang gomen ni.. especially line macam aku ni. silap hari bulan terlebih bayar, kena surcaj tau. jadi tomahan seumur hidup. cewah. over gitu..  habis duit gaji duit pencen sume lah kalau dah sabit kesalahan. terus tetiba rasa nak jadi surirumahlah macam ni :-p

Dan hari ni, aku dah keletihan.. penat sangat. nak bercakap pun rasa malas nak buka mulut.. ya Allah, permudahkanlah urusan kerja ku.. amiin... setiap kali nak buat payment rasa berdebar sangat. untuk projek yang satu ni lah.. semoga lepas ni aku akan lebih berhati2..  huhu.. ok bye. wassalam

1 comment:

Ena said...

Alahai siannya..

Duduk di Line panas kata orang.. sama mcm saya.. dah mohon keluar, tak nak duduk line ni lagi.. dari swasta sampai masuk gomen pun kena campak ke line ni juga.. padahal masa belajar dulu grad di lain bidang.. x pe la.. rezeki kata orang.. cuma tak moo rezeki yg ada syubahat.. tp "orang kecik" ni hanya "sy yang menurut perintah".. sedih kan? harap DIA mendengar rintihan saya untuk berada di line clear pula..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails