Friday, October 18, 2013

salam jumaat. masih bercuti

Assalamualaikum..

ye.. masih cuti kita. tq to aqil la ye kasi ibu cuti seminggu :-) tapi cuti panjang kita dah nak sampai ke penghujungnya.. hari ahad ni akan bertolak balik kl. ayahnya hari ni baru nak amik kami. rindu dah sama my soulmate tu :-P

Semalam, kitorang jalan2 kat jpo. aku 3 beranak dan adikku ayed sebagai driver. haa.. habislah duk swipe je kad kredit :-P nasib aku sedar diri lagi. handbag yang aku berangan nak, tak de pulak dalam banyak2 kedai tu. ada pun yang design ntah apa2, tak banyak pilihan. tapi aku amik la satu.. tak sampai 200 harganya. oklah masih dalam bajet.

hehe. mata adik kecik sebelah

pastu aku beli bedsheet aqil. dah aqil dapat, aisyah pun nak juga. padahal bukan ada katil pun. bila diletak balik bed sheet tu, boleh dia merajuk meniarap atas lantai. sabo je lah. bawalah ke hulu ke hilir bedsheet tu.. banyak kali juga dia buat macam tu.. aku tak kose nak melayan. orang tak ramai semalam. masuk lah juga dalam butik coach. kot2 lah ada yang berkenankan. sekali tu rege dia sume 1k ke atas. haa.. pitam. belum sampai masanya aku nak pakai beg ribu2. 500 tu pun dah kira paling mahal la tu..


dalam pukul 430 kami gerak balik. dapatlah adik aku baju sweater satu. hadiah besday katanya. aku suka pegi padini sebab baju dia belas2 je. hehe. dapatlah dua helai baju shirt duk rumah je.. oklah kan.. lagi satu kedai yang tak pernah miss masuk ialah kedai clark tu. dua kali aku masuk semalam. bila dah berkenan, tinggal display je. haaa.. malas betul. gitulah jpo ni. limited sangat. tapi aku tak beli dengan alasan display shoes. xnak lah. memanglah diskaun tapi beli mahal2 display buat apa, ntah besar sebelah, hitam sebelah, spoil je. kalau dapat lagi diskaun may be aku beli :-P jimat duit.

ok tu je lah nak cite.. duk rumah ni keje aku jemur kain, lipat kain. nak tolong kemas2, mama tak kasi buat kerja berat. baik lah :-D oklah. bye. wassalam..

Published with Blogger-droid v2.0.10

2 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Oh balik kluang yea...mesti seronok kan g JPO..kita g awal tahun aritu kot..entah bila nak g lagi. Tapi tulah kan kita kalau nak beli barang pun tak suka yang display punya ek..

~MommyAqilMedina~ said...

Syoknyaa pergi JPO!hehe..tapi tulah selalu nya banyak barang yang dah habis dan tak dapat nak beli pon!esp butik GAP..selalu pergi situ tak banyak choice..Sedehh..huhuh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails