Friday, October 25, 2013

rezeki anak ramai

Assalamualaikum..

Selamat Pagi. Salam hari Jumaat.. yeay esok weekend :-) esok juga adik ipar aku akan bernikah.. jadi weekend ni memang full of activities lah kan.. tak dapat join birthday anak sedara sulung kesayangan  ku amil aiman.. parents pun datang. sian aku kan.. i'm away. huhu.. apo nak buek.. kasih sayang perlu dibahagi-bahagikan.

Apa nak cerita ek.. Pasal kerja dah ok sikit kot. sambung minggu depan lah pulak peningnya. sebab minggu depan nak buat valuation lagi. untuk hari ni, kita chill2 dulu. kejap lagi nak gi meeting. tapi update blog kejap. dia kan macam rasa bersalah pulak kalau tak update blog. padahal tak de apa pun nak stori mori..

Pregnancy. Minggu ni dah minggu ke 12 tau.. hmm.. lambat je rasa nak melepasi fasa 1st trimester ni. sebabnya risiko keguguran tu masih ada..jadi aku sentiasa berjaga2 at this phase.. dari segi fizikal, sikit je lah perut naik. seluar kerja dah tak boleh katup, boleh zip je. tapi baju kebaya masih boleh pakai. hehe..dari segi makan pulak, dah ada time pukul berapa yang perut akan berbunyi. pukul 11, pukul 4 petang dan pukul 10 malam. sebab tu sekarang ni aku balik rumah akan kunyah roti ke apa2 dulu. then maghrib tu dah kurang sikit rasa lapar. makanan yang aku masak atau beli, aku makan lambat sikit.. ni lapar dia memang tak boleh tahan.. memang tak senang duduk kalau perut kosong. huhu..

Anak2 oklah.. cuma dak kenit aisyah je bertanda kat muka dia.. pipi dia tersagat kat body sofa. sofa tu kain dia jenis macam denim sikit. habis pipi bercalar. sekarang ni dah kering lah cuma tak comel lah ada tanda kat muka kan. berkudis dah. huhu.


Owh lupa nak share. semalam aku tengok semanis kurma. best topiknya. pasal REZEKI ANAK RAMAI.. Panel dia Prof. Dr Harlina Siraj, Pakar O&G kalau tak silap.. meh aku share apa yang aku ingat ye.. Kalau nak mempunyai anak yang ramai, perlu plan kahwin awal.. baru boleh dapat anak 8-10 orang. Umur 35 dah boleh pikir dah nak stop pregnant.. kira macam bersara pilihan lah. Umur 40 pulak, bersara wajib. udah2 lah tu pregnant kan.. Bukan nak menidakkan kuasa dan perancangan Allah, tapi bila umur dah 40 beranak no 5 katakan, badan kita dah tak semuda masa kita pregnant sulung dulu.. Jadi kena jaga lebih masa mengandung umur 40 ni.. risiko banyak penyakit akan berlaku.. Haa.. gitulah lebih kurang cerita dia semalam. syok pulak aku dengar. tapi before this pun aku memang berhasrat umur 35 tahun aku dah nak stop pregnant lah. hehe. jadi may be perancangan aku anak 4 orang je. haha.. Anak ni tiket ke Syurga... Saham akhirat kita. kenalah didik betul2.. semoga boleh membawa ibu bapa masuk Syurga.. 

Setiap anak ni membawa rezeki. bukan dari segi duit aje, tapi macam2 lah yang mungkin kita tak perasan.. Macam aku dulu, time aku pregnant aqil, aku dapat kerja baru di sektor kerajaan.. lepas tu dapat beli rumah walau pun masa tu tercekik2 juga tapi boleh juga beli. bila time aisyah pulak, apa ek..  tak ingat dah tapi ada lah rezekinya.. ni pregnant no 3 ni, apa pulak ek, dapat naik pangkat kot. hahaha.. berangan je lebih. kalau tak aku , aku doakan hasben aku la.. aku may be laaambaaat lagi nak naik pangkat okeh.. ramai lagi senior tak gerak2.. doakan ye..

Eh oklah, nak gi makan. to be continue if free.. bye. wassalam...



5 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

linda pun tringin nak ada lg sorang nanti (nak 4 anak).. tp pikir dah lepas 35 tahun, ni pun terkial2 mcm2 problem bila ngandung ngan umo dah makin lanjut ni.. dan asben pun dan 40 tahun.. kena kaji ngan mendalam balik baik buruknya..

Rizziela said...

saya pun nak anak ramai..tapi apa kan daya...had 3 kali bersalin ajer.. nasib baik 2x bersalin dah dapat 3 orang anak..next planning utk gugurl plak

Sharinginfoz said...

betul tu setiap anak ada rezeki masing2

fatimatuzzahra said...

terima kasih di atas perkongsian semanis kurma tu..memang tak sempat tengok tu yang google2..by the way tahniah..jom sama-sam kita mengumpul saham akhirat ;)

Danial Haiqal said...

Assalamualaikum buat pemilik blog dan pembaca sekelian, di sini terdapat perbincangan berkaitan dengan 'Anak Ramai' oleh Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj. Semoga bermanfaat
Semanis Kurma: Rezeki Anak Ramai - Dr. Harlina Halizah Siraj

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails