Tuesday, October 29, 2013

perkahwinan terakhir

Assalamualaikum..

Hai alls.. kita muncul kembali :-) weekend lepas yang busy.. adik ipar kahwin.. jadi kami berkampung di Lenggeng la buat apa yang patut.. dapat orang area situ juga. kalau ikut menantu2 yang lain, aku la yang paling jauh. adik beradik yang lain kawin dengan orang satu tempat :-) ni perkahwinan bongsu dan anak sulung..

Ni kira perkahwinan terakhir belah suami ku. alhamdulillah, selamat dah semuanya mempunyai pasangan hidup. mak mertua aku boleh tutup kedai dah lepas ni. hehe.. Nikah pada hari sabtu lepas asar dan kenduri besar hari ahad.. tapi sayangnya kedua2 parents in law tak dapat join sebab kedua2 nya uzur sekali.. mak mertua aku dengan sakitnya tu - terbaring je, pak mertua pulak kencing manis, sentiasa lemah badan. tido je lah kejenya. sian pulak.. Jadi kamilah adik beradik ipar duai yang memeriahkan suasana.. Belah lelaki tak jadi buat, sebab tak de orang nak masak. Kalau ikutkan pada awalnya mak mertua yang nak masak. tapi kita merancang Allah yang menentukan.. Ok let's picture tell the story :-)

pada hari pernikahan.. hanya dengan sekali lafaz, terijab dan qabul sudah..

hantaran dari pihak lelaki. tapi pihak perempuan yang buat :-p

dengan abang no 5 daripada 6 :-p di hari persandingan

berarak. cuaca sangatlah panas terik hari tu.. 

di rumah persinggahan. amik gambar dulu :-p

selepas dinikahkan. bergambar bersama adik beradik, ipar duai dan anak2 buah. aqil tak nak bergambar tapi masuk jugak. haha.

pelamin yang sweet..

Overall okey.. makanan dia sedap, orang kampung masak... especially gulai daging masak lomak tu.. dahlah baru masak panas2 lagi.. berpeluh2 makan.. hehe.. apa-apa pun tahniah kepada adik ipar dan selamat datang kepada biras baru. semoga berkekalan sampai ke Jannah.. amiin.. 

6 comments:

Mas reena said...

Sweetnya pelamin =)

Nurulhuda Abdul Latip said...

Tahniah pada pengantin kiranya adik ipar tu yang lelaki la yea....

Masya said...

kiranya masa majlis ni mertua awak x sihat lg lah yer.. moga jodoh mereka berkekalan

Suliana said...

tq :-)

Suliana said...

ye huda. adik ipar lelaki..

suhaida shukor said...

cantik pelamin dia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails