Thursday, October 10, 2013

new look

Assalamualaikum..

Hai. kembali berblog :-) busy sangat lately.. eh macamlah orang lain tak busy kan.. ye, kerja banyak. kerja memang tak habis2.. tahu-tahu je dah rehat, tahu-tahu je dah pukul 5 waktu balik.. haa.. memang berpaku montot ni kat kerusi ni.. meja pun berselerak. pagi ni dah kelegaan sikit, clearkan meja dulu apa2 hal pun.. kalau tak sakit mata tengok kertas berlambak2.. 

Ok dah, jangan merungut.. ini pilihan sendiri.. tak pe.. kata nak belajar kan. amiklah belajar semua ni sementara masih muda.. kumpul pengalaman, kang nanti orang cerita tak delah blur ke apa kan.. banyak yang aku tak tahu sebenarnya. ada satu projek ni memang betul2 berhantu tau.. sampai terbawa2 dalam mimpi. dah lah projek sakit. stress tau nak buat payment dia.. pastu banyak tender keluar masuk. buat penilaian tender, dah siap kena award pulak aish banyak betul mak neneknya..

Ada satu masa sangat down. tak tahu nak cerita kat sape.. macam nak nangis tapi masih bertahan.. lepas tu ok dah bila dah dapat solution tapi masih tak buat lagi solution itu. dahlah biar aku sorang je faham..

ini budak memang tak akan faham. 1 tahun 10 bulan dah saya ni.. yang beliau buat ialah menceriakan hati ibu. pandai amik hati ibu. kuat bodek sangat bila nak nenen.. dia faham dah tak boleh nenen tapi dia tak dapat nak buang ketagihan itu. kadang tu sian juga sebab dia tak minum susu kan, lepas dapat nenen, terus burp kenyang.. sian dia.. susu aku masih ada lagi..  now dah 10 weeks baby dalam perut ibu. tapi macam tak rasa gerak pun. awal lagi kot eh. hehe

it's me wearing new shawl beli kat kawan opis. bebudak opis ni suka beno menjual.. aku belilah dua helai RM 8 je sehelai :-p sebab tak de shawl yang boleh dipakai dengan inner magic aku yang banyak tu. hehe.. ok je pakainya tapi kejap2 kang kena tarik inner tu kasi memolek sikit.. hehe..

oklah. sambung kerja.. zzzzzz wassalam

9 comments:

Syahada Ahmad said...

Alaa, comel nye ibu bershawl. ade butterfly lagi. Awet muda terus.

Biasa lah sue, duduk bahagian projek, JKR lagilah. kat sha keje ni pun ade satu unit projek, dan pernah terlibat sama untuk satu projek keselamatan bandar. siap kena buat kertas kerja, closed tender, BQ pun kena study. interim payment lah, semua nk kena masuk otak ni. stressssssss...

cuma, duk bahagian projek ni, 'dugaan' dia 'bes dan kaya' la, deal dengan kontraktor. kalau iman tak kuat, kalah. Moga kita di jauhkan lah dengan perkara macam tu.
sedih tgok kawan2 'senang' bukan maksud kita dengki. Kalau kena pada cara kita pun tumpang hepi. kan kan kan.

Hepi working sue! semoga istiqomah. heeeee ;-)

Peace!

Ena said...

Suka baca celoteh Pn sue kita ni tetiap hari.. walaupun jarang leave comment tp kita selalu jengah ke sini.. suka suka..

keje ni tak kira dari "orang kecik" sampai ler ke "org besar".. masing2 dah diberi tugas. bergantung pada disiplin / integriti kita nak laksanakan amanah/tanggungjawab tu.. semua ada risiko dan bebanannya kan.. bak kata Pn. shahada kat atas tu.. dugaannya banyak.. stress tu kdg2 tak tertanggung tp kena teruskan juga..

Suliana said...

sya, sekarang shawl ni dah herot berot. haha..

tq sya.. insylh moga dijauhkan dar benda2 yg tak baik tu kan. igt keluarga je lah klu nak buat benda tak baik tu, kita bg mkn diorg pun benda tak baik kan.. hehe.. happy working to u too :-)

Nurulhuda Abdul Latip said...

Masih lagi bf ke? Dia memang takmo susu lain eh??

Suliana said...

tq ena sudi baca blog kita :-)

ietams said...

eh murahnya shawl!
susah nak jumpa shawl harge murah

~MommyAqilMedina~ said...

hehee...comel je muka aisyah tu..hehee..Pakai Inner magic tu memang cantik!serious..

lily lotus said...

selalu dengar pasal inner magic tapi tak pernah try..

Masya said...

comel .. magic terus gayakan dgn shawl.. tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails