Monday, October 7, 2013

musim kenduri kahwin bermula

Assalamualaikum..

Weken lepas, kami sibuk dengan aktiviti jiran kahwinkan anak, family pengasuh aisyah.. tapi aku tak de lah sibuk mana. tolong buat kek red velvet je untuk dijadikan kek pengantin. kelas gitu jadi kek pengantin. haha.. actually aku kasi togel je kat jiran sebab dia kata dia nak hias sendiri.. oklah. aku memang dah tahu dia kreatif bab2 deko ni kan. tapi aku terlupa lansung nak amik gambar kejadian akhir kek tu.. nak merasa apatah lagi. huhu..

Aku tak delah menolong sangat. nak tolong apa pun tak reti kan. huhu. duduk kawasan kejiranan senior2 semua tiba2 kita termuda terselit celah tu. cewah tak delah muda mana pun. hehe. jadi nak sponsor apa macam tak reti. salam kasi duit je lah. macam jiran belakang kasi beras basmathi. so jimat sikit catering kawan tu kan bila tak termasuk kos beras.. 

Hari sabtu tu pegi menghantar belah perempuan. walau pun bukan family, tapi bila diajak aku okey je. kebetulan dekat je kawasan perumahan tu kan. panas sangat hari tu.. pegi pun dalam keadaan sedang elok perut dah lapar. makan pulak lauk sedap, ayam goreng panas2 lagi. haa.. dapat pulak duduk meja VIP :-p udang tergantung2 gitu. hehe. hasben aku makan banyak. sumelah sedap :-) pastu dah settle kami balik lenggeng jap tengok mak mertua tak sihat. kencing kotor dan kuman dah naik ke perut. dah seminggu dah kiranya tak sihat.. 

Ahad pulak, majlis besar-besaran.. aku datang dalam pukul 11 pagi. dimulakan dengan doa selamat.. first round makan.. sedap juga.. macam2 ada, jiran2 sponsor.. aku pergi sorang dulu, dekat je rumah sebelah. kali ni tak malu2, sebab dah kenal orang. eksyen dengan suami dah ada orang kenal kita. haha.. Pastu balik rumah kejap ajak suami makan.. time ni dah penuh orang. ramai juga jemputan datang.. ok jom tengok gambar je lah..
wedding belah perempuan. jiran aku anaknya lelaki

belah lelaki rumah jiran. yang baju hijau tu kak ani, kakak kepada pengasuh aisyah

pelamin dia buat sendiri bersama rakan2.. kreatif betul
 
boring2 jom amik gambar dik.. hehe

seronok dia dapat makan aiskrim..

Lepas suami makan, sembang2 dengan jiran, kitorang balik rumah membongkang.. hehe.. tutup pintu dan sliding door semua sebab bising orang karaoke... aqil pulak pantang pagar terbuka nak pergi main kat rumah jiran. sabo je lah.. dah lah panas buta. samalah juga kalau time balik, dia lompat dulu dari motor nak pergi main kat rumah pengasuh aisyah tu.. ada kawan sebaya kan. 

Bila time petang pula perut berkeroncong. tiba2 dengar orang bagi salam minta pinggan. yeay, ada nasi lebih. haha.. jadi semalam makan nasi minyaklah satu hari. alhamdulillah. rezeki sangat.. hehe.. Jadi hari ni, pengasuh aisyah minta cuti. aku pulak serba salah nak bawa aisyah pergi ofis. yelah, i'm new here about 3 months. hehe.. lagi pun, aku dapat agak aku banyak kerja hari ni dan kena keluar ofis. dan memang tepat sangkaan ku..  jadi, thanks to my husband yang sudi bercuti hari ni jaga anak.. banyak urusan dia hari ni, terpaksa angkut si kecik ke sana ke mari. hehe.. jadi anak ayah ye hari ni dik..

Nak selit pasal aisyah sikit. dia kan lekat panggil diri dia adik. kalau aqil dulu, kami panggil dia adik, dia tetap bahasakan diri dia aqil. berbanding aisyah, dia bahasakan diri dia adik. "adik nak ni" " adik punya".. tahun depan tak boleh adik dah ye. hehe.. perangai dia lagi satu yang agak teruk bila tak dapat line dalam tab nak tengok cerita, dia baling je tab tu. haaa.. awaslah sape punya hp yang duk loading tu je kan. sabo je lah budak ni. tahu2 dah berdebuk tab tu jatuh -_-

Eh terpanjang pulak cerita. ok bye. wassalam


2 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

nanti Siti shima dengan sulehah kenduri selang sehari jek, sorang nogori, sorang pahang.. sue gi dak..?? mcmnak gi, tp tak sure la kuat tk lagi masa tu nak masuk 9 bulan dah..

Suliana said...

hmm xtahu lagi la linda sbb clash dgn adik zaki pun kawin juga hari ahad tu.. takut busy kt rmh mertua.. hajat hati tu nak sgt pergi k shim punya kenduri..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails