Friday, October 4, 2013

Kos masuk tadika

Assalamualaikum..

Kelmarin dah dapat quotation harga tadika aqil.. harga yang ditawarkan memang dah dijangkakan.. so bersiap2lah kumpul duit nak masukkan budak ni ke tadika.. kami memang tak survey kat tempat lain pun kecuali little caliph tapi susah nak pegi sana, jauh dari rumah.. amik yang dekat dengan area rumah. owner tadika tu sama dengan taska aqil sekarang ni.. tu yang malas nak pegi tempat lain. faktor pengangkutan dan kawan2 aqil juga diambil kira.. Meh nak share berapa kos permulaan nak hantar aqil ke tadika.. tahun depan dia dah lima tahun. cepatnya anakku membesar.. pejam celik pejam celik dah sekolah rendah dah..

Monthly payment RM 250.. previously RM 145 je tapi tak masuk mengaji. kali ni dia include semua.. nanti nak masuk dalam bulan 12 kot kena bayar RM 815 tu.. booking RM 100..

pastu kos untuk mak nenek yang lain.. Semester 2 tu bayar bulan Mei nanti.. Kos tambahan tu sekiranya kita nak beli. kalau tak nak tak pe. tapi takkan baju sekolah sepasang je kan.. ingatkan nak transit sekali kat sini tapi dah tambah RM 200 pulak. kalau kasi kat pengasuh Aisyah baru RM 150 tapi sape pulak nak amik aqil balik sekolah. kena booking van juga. pagi boleh lah kami hantar. balik je kena balik sendiri..

Adalah juga pengasuh aisyah tu cadangkan pra sekolah. memanglah sangat murah bayaran. sekolah kerajaan kan.. monthly pun RM 50 je kot. untuk umurnya 5 tahun ni, aku tak bersungguh sangat nak hantar ke pra sekolah tu sebab sian dia nanti lama sangat dia sekolah kat situ.. umur 6 tahun nantilah baru decide nak hantar.. practise pergi sekolah betul..

Ada juga orang kata mahalnya harga tadika dia. sure ke pandai baca tu nanti? hmm susah juga nak jawab soalan tu ye. Bijak pandai anak2  ni bergantunglah pada kebolehan anak2 tu sendiri kan.. dan juga didikan ibu bapa.. ko hantar sekolah mana pun kalau anak tu bijak, bijaklah dia. kalau sebaliknya, kenalah berusaha lebih.. 

tapi budak2 sekarang ni, naik darjah satu kalau tak pandai baca memang agak ketinggalan lah kan, melihat kepada pengalaman kawan. macam zaman kita dulu, darjah satu tu baru nak kenal ABC.. budak2 sekarang darjah satu mesti dah boleh baca.. jadi ibu bapa kenalah lebih concentrate pada pendidikan anak2. 

Hmm tu jelah nak share.. tipulah tak harap apa2 tapi tak nak push sangat (baru tadika je pun). Semoga anak2 ku menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat.. ok bye. wassalam..



5 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Memang kos hantar sekolah tadika sekarang ni memang mahal sangat, tapi kalau anak dah sekolah betul rasa release sikit sebab kita belanja besar masa nak beli baju sekolah dan keperluan yang lain. So sekarang anak kedua saya masih sek tadika lagi sampai hujung tahun depan..bulan2 bayar 200 terus transit kat situ sebab kalau carik tempat lain pun dengan kos pengangkutan lebih sikit kosnya baik dok je sekolah situ dari pagi sampai petang. Memang mencabar betul kehidupan masa sekarang kan..

nor_farihan said...

insyaAllah kak...budak2 ni makin besar makin paham dan pandai dah sikit. InsyaAllah aqil senang belajar :)

sisanizu said...

tu lah tu..kami pun dh booking sekolah ashraf utk thn dpn. kene prepare rm1000++ gakla.. kelas smpai kul4 je. kami prefer dia stay je smpai ptg. mungkin dlm 370 gakla bulanan..

~MommyAqilMedina~ said...

huhuhu..mahal jugak kan su..aida rasa mana-mana pon sama jugak ..memang area ni lah price yg kita kena bayar untuk tadika..huh..yang penting redha n pasrah..dan doa adalah senjata utama untuk anak-anak kita menjadi pandai..insyaALLAH..

Fatimah Bt Tony said...

mahalnya.. ni baru tahun 2013. kalau anak saya dah besar esok, mesti mahal lagi dari sekarang. memang kena banyak savinglah masa diaorang masih bayi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails