Thursday, October 3, 2013

Klebang Coconut Shake Original

Assalamualaikum..

Ha.. hari tu kan aku ada ikut hasben meeting kat Melaka kan.. Bila sebut je Melaka, otak ni terus teringat Klebang coconut shake yang orang duk kecoh2 tu kan. kalau bos2 aku dulu pegi meeting Melaka, dok tayang coconut shake klebang je lah dalam FB. huhu.. Jadi aku pun asyik duk berzikir je lah nak gi klebang klebang sampai sudah. hehe. Actually ada lagi satu tempat nak pegi. ni semua gara2 orang kata sedap. nak rasa asam pedas Melaka tapi tak dapat. tapi tak delah mengidam sangat pun. nak rasa sedap sangat ke asam pedas melaka dengan asam pedas aku. haha.. *sedap ke asam pedas ko...*

Ok, kebetulan geng2 perempuan hasben (kenalan ku juga) nak pegi beli. so on the way balik tu, kitorang followlah kereta diorang.. tak delah jauh sangat tapi sebab tak tahu jalan terasa jauh juga. dalam 15-20 mnit jugaklah.. seronok juga pegi Melaka ni, walau pun duk terperap dalam bilik.. hehe. Bukan seronok apa, banyak tempat menarik boleh dilawati. teringat kecik2 rombongan sekolah pergi Melaka. taman mini malaysia lah, kota A Famosa lah. tapi semua tu aku tak pegi kali ni. kejar masa. lagi pun dah penat. tengahari berjalan apanya kan..

Ok back to coconut shake tu kan. gerai dia tak sampai pantai lagi. tepi jalan je. tapi yang tepi jalan tu untuk bungkus2 je. kalau nak makan situ, masuk dalam, ada kawasan parking kereta yang besar. macam halaman rumah orang gitulah kedai dia ni. manusia punyalah ramai. tapi under control. dapatlah tempat duduk kan. cino pun ramai minum situ.. laju je dah dapat order. Kena beratur nak order, bayar duduk. resit tu letak atas meja. bila dia dah hantar, dia akan cop resit tu TAKEN.

sedap pulak bila tengok balik..  

tengok aisyah tu beria kacau makan nasi lemak..buat sepah je..

Ada juga jual kuih, nasi lemak dan macam2 lagi.. yang ringan2 jelah untuk minum petang.. tapi aku pegi dalam pukul 2 lebih time tu. oklah. dah kenyang makan kat hotel.. makan sikit je, nak rasa..  Aku order Coconut Shake Special. Ada aiskrim atas dia.. murah je kot dalam RM 2.20 kalau tak silap. aku beli 2 air dan nasi lemak satu RM 5.60..

sedap juga. sambal pedas..

Rasa dia camana? hmm.. not badlah kan. tapi biasa2 je kot. sama je macam coconut shake orang lain. tapi tak faham kenapa femes kat klebang ni.. tapi oklah.. teksturnya macam ais blended gitu.. ada aiskrim penambah kesedapan.. ok dah rasa oklah kan. Alhamdulillah.. Bangga tengok perniagaan orang Melayu berkembang maju macam kedai ni.. Air dia siap boleh beli frozen tapi kami tak belilah.. sebab dah kenyang.. kang sampai KL kang cair pulak kan.. hmm seronok pulak jalan2 cari makan ni kan. tapi kena make sure tahu operation time dia dan lokasi di mana.

Ok bye. wassalam..

4 comments:

Masya said...

semalam baru minum jugak tp bukan yg klebang punya... yg klebang punya tak pernah rasa lagi...

nor_farihan said...

alahai terliurnya hihi...macam sedap je tgok...dapat minum panas2 mmg sedap lah kan...sejuk anak tekak hikhik :D

Rizziela said...

Boleh try ni..Nampak sangat sedap

~MommyAqilMedina~ said...

wahh nampak macam sedap sebab aida tak pernah try minum coconut shake lagi..hihi..Next to week nak pergi melaka, nanti nak try lah..hihihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails