Wednesday, October 2, 2013

favourite food

Assalamualaikum..

Hai. dah makan? aku baru je lepas habis makan, nasi tapau je kat kantin. alhamdulillah. tapi macam dah boring sebab orang yang sama masak, lauk yang ulang2 gitu je.. tak makan kang lapar pulak.. sekarang ni, aktiviti makan memang tengah mencanak2. karang pukul 4 sure lapar balik. so aku dah siap2 tapau roti butter sugar kat kantin tadi. boleh lah, tak de pilihan.. tapi aku mana boleh tengok ada makanan atas meja, mesti mahu ngap sekarang juga. hehe.. tapi tak pelah, bersabar..

Lagi satu pe'el aku ni tak boleh bau makanan. haa.. bau camana tu. bau orang makan lepas tu aku pun tanya "makan apa tu..." haa.. ada cara2 nak mengecek la tu. kekeke.. tapi tengok makanan apa juga lah kan. macam semalam teknisyen aku tu dia makan laksa. bau laksa kan menyengat2 hidung kan. lalu dijamah sikit. balik tu terus cari laksa. hehe. 

Kebetulan pulak, aku dah perasan laksa ni hari ahad lepas. tapi tak beli. sebab banyak benar tempat aku nak singgah nak beli makanan. last2 aku beli goreng pisang dan keropok lekor je. so semalam, tertunailah hasrat di hati. cewah.. aku beli laksa utara tu dekat tepi padang depan masjid al azim di pandan indah.. sedap!! kena dengan tekak aku. tapi masa aku nak beli tu, macam dah nak kensel tau, sebab kedai dia banyak lalat. siap ada lalat lagi dalam para yang dia letak untuk orang makan situ..  tapi kat tempat dia bungkus2 makanan tu ok plak. tak pelah, cuba je lah kan. kalau sakit perut tahu dah kat mana dapat :-p

Aku memang suka laksa.. tapi make sure kena dengan tekak aku la. kalau beli sekali tu tak sama dengan apa yang kita expect, frust nya.. sikit je makannya. huhu

aqil dan aisyah pun suka.. sedap..

Sebelah van laksa tu ada van mamak mee rojak dan cendol. lama dah dia kat situ. dulu pun selalu gak beli. pastu stop lama tak beli kat dia.. so semalam belilah.. pun sedap juga. cumanya, dia tak letak mee dalam tu. apalah.. tapi nasib sedap.. sebab apa sedap, sebab pedas2 manis :-p

mee rojak.. 

Tu je lah yang aku suka makan. nasi aku tak berapa suka. tapi sebab tak nak perut lapar, aku makan juga lah nasi. cuma tak berselera tapi habis. haa camana tu. hehe.. simptom sama macam mengandungkan aisyah dulu. adakah bayi yang dikandungkan ini perempuan? ok jap cek perut. oh lebar.. haha.. tak pelah, laki ke perempuan ke, asal yang keluar sihat tubuh badan zahir batin.. kan..

ok bye. wassalam

2 comments:

Masya said...

laksa kegemaran baru anak sy.. sy mmg suka.. lg² pedas hihihihi

Rizziela said...

terliur tengok laksa tu...meleleh dah ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails