Sunday, October 13, 2013

dugaan kali ini

Assalamualaikum..

baru 5 entry di bulan oktober? ish ish ish... ok. well hari ni aku dah ada kat kluang. semalam lagi dah sampai. raya haji kali ni tak dapat sambut bersama.suami tersayang. suamiku menjaga emaknya yang sedang sakit di hospital. untuk memudahkan pergerakan beliau di sana, dihantarnya aku balik johor.. kang ada pulak orang tanya. eh mak mertua sakit kenapa tak jaga ye..

hmm... kita ada anak kecik dua orang ni. camana nak jaga. kalau duduk rumah jaga ayah mertua pun susah nak gerak nak makan itu ini sebab kedai jauh. kang dari sibuk jaga mak sakit nak kena jaga makan minum kami 3 beranak lagi payah. keta satu pulak tu.. betterlah anak2 mak yang jaga sendiri. tapi sayangnya anak2 emak semua lelaki 6 orang. jaga pun time melawat je.. nak tunggu bermalam tak boleh.. jadi itulah sebabnya aku dipos ke johor. at least ada lah orang tengokkan kami 3 beranak ni. dengan aqil yang super excited ni, xlarat nak jerit ok...

Kebetulan aku cuti lama sampai khamis. itu pun macam nak sambung sampai jumaat. hiks.. lupa plak patut sampai jumaat apply cuti. ni kes taska aqil la ni owner dan staff orang kelate, tu yang tutup lama tu.. jadi, berlonggoklah kami di rumah parents kat kluang.

oh lupa nak cerita. mak mertua sakit kencing kotor. dimulakan dengan sakit kepala, pastu demam. tak lalu makan.. dah dua minggu keadaan dia sampailah sekarang. seminggu kot kat hospital. kuman dah naik ke perut. doc dah letak tiub masuk susu kat leher.  sian pulak tengok. sedih.. aku melawat juga semalam. katanya tak sakit dah, cuma lemah. tiub2 berselirat di muka.. tapi boleh lah bercakap slow je.. mak minta maaf kat mama dan nenek dan minta doakan dia sihat.. sedih. bergenang air mata.. mak ayah aku dan nenek datang melawat.. tu yang hasben suruh follow ayah balik tu.. alhamdulillah punya ayah dan mama yang masih sihat ke sana ke mari melawat anak2. tapi ayah aku pun dah malas drive dah. peringkat umur macam beliau lebih suka kalau anak2 atau menantu yang drive. malam lagilah.. mata dah kurang nampak even pakai spek.. xboleh jalan jauh.. nenek pun sama. even dah 70++, alhamdulillah masih sihat ke sana kemari. mak mertua aku kagum dengan nenek aku. alhamdulillah. Allah beri nikmat semua ini.

nenek tak de sakit apa. dia memang jaga makan even doc kata ada kencing manis tapi sejak dia tahu ada kencing manis dia kawal pemakanan. terus hilang.. nenek jaga pantang.. dulu2, time makan nenek suka kepal nasi panas dan selawat nabi.. tu agaknya nenek awet muda kecik molek je.. nenek aku juga suka bergaya.. aku cite aku nak gi jpo nak cari henbeg. nenek nak ikut gak nak beli henbeg. padahal henbeg dia lagi banyak kot dari aku. hihi. katanya dah bosan nak tukar yang lain. oh nenek. sama jiwa rupanya kita :-P

eh panjang berjela pulak cite.. haa sape kate xde cite.. kalau membebel terus lupa diri :-P now tengah tunggu ayah belikan mee hitam. balik sini terus listkan nak makan apa :-P petang nak makan pisang goreng hitam pulak. hope adalah ye orang jual. at this moment rumah mama ni tengah reno. jadi agak berlonggok jugalah barang.. kami duduk dalam longgokan tapi masih boleh bergerak. dah siap plaster sume tinggal cat satu rumah dan alih2 barang..

oklah. bye. selamat bercuti kawan2. wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.10

4 comments:

Sharinginfoz said...

Semoga mak mertua cepat recover

zulie ieta said...

gws ye mil nya..
su.. mcmne rupenye mi hitam tu?

~MommyAqilMedina~ said...

Semoga Mak mertua Sue cepat sembuh..sekarang ni memang musim sakit untuk orang yang berumur..Makcik aida pon dua orang masuk hosp..berminggu2..kesian!huhuSemoga terus dikurniakan kesihatan yang baik untuk semuanya..

Masya said...

payah jugak mcm tu yer, moga mertua awak cepat sembuh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails