Wednesday, September 18, 2013

trimester pertama - 7 weeks

Assalamualaikum..

Hai.. baru balik meeting di kementerian.. ngantuk. tapi seperti biasa tak dapat nak tidur.. tadi pagi sarapan mee hun goreng. datang meeting pun mee hun goreng. tapi mewah sikit makanan dia siap ada buah-buahan lagi.. aku tengok buah je lah. tak lalu nak makan mee hun dah. tapi bila tengok kawan makan, hmm bukak juga plastik dia. ngap juga tapi tak habis..

Ni dah masuk minggu ke tujuh pregnant kalau tak silap. kali ni aku agak bersabar sikit compare dengan pregnancy yang sebelum ini.. bersabar tak pergi klinik lagi :-p nak tunggu awal bulan depan baru nak pegi scan kat klinik. dulu sebab aku dekat dengan klinik dr rohaya kat mara tu. now, klinik mana ntah aku nak pegi pun tak familiar kat kawasan rumah aku ni. klinik demam2 tahu lah kan. nak pegi buka buku pink terus pun awal lagi, lagi pun tak de scan kat KK tu.. sabar ye adik baby :-)

Tiap2 pagi rasa macam berangin2 je. nak kata loya tak de, tapi sendawa je lah.. Keadaan perut, tak tahulah perut ni memang buncit ke apa kan. hee.. tak nampak lagi kot.. orang kata ketiga memang cepat naik, rahim dah pernah kembang katanya.. tapi tak tahulah kali ni. selera makan pulak tak tahu nak cakap selera ke tak.. lapar tetap lapar tapi bila tengok menu macam tak lalu. tapi terpaksa makan sebab lapar.. benda yang paling tak boleh tengok ialah telur mata.. bukan sebab pregnant ke apa. sebab teringat masa bulan puasa, asal sahur je makan telur mata.. hoih nak muntah ok tengok telur. En suami pun kesian, dah tak lalu tengok telur mata . huhu..

Pastu, kalau makan ikan ke ayam ke, hanyir-hanyir ni macam cepat dapat tangkap. ikan tak fresh, ikan lama.. tapi kalau malam tu terasa macam nak makan sup2 je.. tapi tak lalu juga sup ni sebab tak sampai expectation. masak sendiri pulak malas bukan main. tapi kalau ada lauk basah ok je.. nak menghilangkan 'tak lalu' tu kenalah makan pedas2 sikit kan.. tapi takut juga, kang buasir melanda kembali.. oucchh.. kena banyak minum air weih.. aku pun hati2 juga pregnant kali ni, tak nak berak berdarah dah.. huhu.. takut..

Suka makan masam2.. macam epal hijau ke, mangga muda ke.. hmm semalam minta dengan pengasuh aisyah sebijik, ada pokok mangga.. makan dengan sambal kicap letak belacan sikit..  mangga tu muda tapi masam tak berapa rangup.. kembang pipi.. teringat 'arwah' pokok mangga epal kat kluang. dah arwah sebab dah tebang. sian pokok tu. tu lah pokok kesayangan ku. walau pun muda, tapi dia lemak2 tau, isi dia kuning rangup.. selalu makan dengan garam pun dah sedap..

mangga muda makan petang semalam.. 

ikan keli dan terung telunjuk. hasben masakkan. cili api dan bawang je.

Ha, ikan keli tu hasben memang suka. aku pun suka jugalah sebab dia rangup2 kan.. 4 ekor tu, habis semua.. masakan favourite ialah goreng cili api ni.. menjadi juga, sedap - kena mention ni, nanti dia masak lagi. hehe.. terung telunjuk tu mak mertua memang tanam keliling rumah dia.. amik skit masa balik kampung weken lepas.. Jadi lepas makan malam semalam, terus tersadai kekenyangan.. satu lauk ni je makan semalam. Alhamdulillah.. ni masakan pertama husband tahun ni. hehe.. selebihnya maggi je lah.. dia boleh je masak, tapi malas kan, semua nak isteri kesayangan je yang masak. :-p

Oklah.. time's up.. babai. wassalam




9 comments:

Allene said...

terliurnya mangga tu... =)

Asyifa Mustaffa said...

Time preggy ni la hidung jdi sensitif kan...:-)
Take care....!

~MommyAqilMedina~ said...

alahai..terliur tgk mangga tu..hihi..wah..gap anak2 sue mmg 2-3 tahun kan..beznya..anak2 membesar sesama..

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

wah rajin cik abg masak.. bagus.. bagus..

linda time awal2 seemua menda tak leh telan, air masak kosong pun muntah smpai berat trun 6 kg.. tp skrg hambek ngko, naik mcm raksaksa dah.. hehehe anyway take care sue...

Suliana said...

alhamdulillah. rezeki. kita merancang Allah yang menentukan :-)

Suliana said...

tq linda.. cik abang ni sekali setahun je masaknya :-p

Suliana said...

ramai yg terliur. sy tgk pun terliur balik :-)

Suliana said...

tq!!

Masya said...

lama x makan ikan ... sedapp masak mcm ni.. beruah suami pandai masak.. tgk pelam kecur air liur dibuatnya.. sbb lama x makan .. makan kedondong pun sedappkan cicah gitu.. manalah nak dapat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails