Thursday, September 19, 2013

situasi biasa waktu naik train time balik

Assalamualaikum..

Selamat tengahari.. haa. hari ni macam tak de mood sangat. tapi kerja tetap diteruskan. ni relax2 kejap. perut ni macam meragam sikit. semalam berangin2 je sebab aku minum kopi susu kat meeting. kopi, nescafe dan teh susu adalah kepantangan untuk diriku. kalau minum, insya-Allah perut meragam. haa.. tapi sometimes teringin juga nak minum teh tarik kan.. tu yang pagi2 selalu minum milo ais je.. dulu2 kan, aku macam pelik orang minum ais pagi2.. tapi sekarang, tak pelik lagi sebab aku pun minum. kalau aku minum air panas pagi2, mesti nak ngecek juga kawan yang minum air ais tu. hehe..

Dah lama aku nak tulis tentang situasi naik train waktu balik. semalam lah, train ke ampang. aku dari atas lagi fikir macam sempat je kejar ni train ni., sekali tak lepas. jalan laju jugaklah kan. tak padan mengandung tapi takdelah lari laju. kalau tak mengandung, mesti aku dah lepas naik train tu semalam. elok dah nak sampai pintu train tu, dia dah bunyi.. aku ni penakut sikit. kang tersepit kat pintu kang, naya je.. hehe. jadi semalam terlepas train.. ala, tunggu pun tak lama train ni. selang beberapa minit dah datang balik..

Pastu, situasi lain. orang kan, mesti nak cop dekat dengan tempat keluar punch token tu kan. termasuklah aku. aku dah pandai sikit, aim tiang mana yang dekat dengan exit tu. jadi, gerabak lain tak delah sepadat dengan gerabak yang dekat dengan exit tu.. kalau sempat, aku memang cop kat gerabak tu lah. kalau tak sempat, naik je mana2, yang penting dapat naik..

Dah masuk train, ramai pulak yang berkumpul depan pintu. ko dah kenapa. gerak dalam sikit boleh tak. macam lah tak de tempat kosong kan. time padat tu memang dimaafkan. tapi bila time tak de orang, seboleh2 lah nak duduk depan pintu train tu. takut sangat tak dapat keluar. takut sangat beratur panjang time nak punch keluar nanti kan. eleh, macam aku tak tahu. sebab aku pun berfikiran begitu :-p

Lagi satu lawak. stesen cempaka aku turun tu memang ramai orang turun situ.. so bila dah nak sampai stesen tu, semua orang macam dah standby depan pintu, tu. bila pintu terbuka macam "on your mark, get set, go".. pom (bunyi pistol) hoiiii laju betul orang2 ni berebut nak punch. termasuk aku. ahahaha. tapi diorang ni yang berebut2 macam ayam keluar reban ni, kang nanti beratur juga tunggu bas kat bawah. bas pulak kadang dah sampai, kadang tak sampai lagi.. buat apa nak cepat2. melainkan aku yang laki dah tunggu ni kenalah cepat kan. 

Hmm tu lah gelagat manusia yang hari2 aku tengok. tak lama kot aku naik train ni. kang perut dah besar, aku naik kereta lah. sekarang pagi2 aku naik motor. kena hati2 juga takut terhentak ke apa kan. laki aku kadang bukan perasan sangat jalan tu belubang ke apa kan. aku yang kena tengok sendiri. belum langgar lubang, aku dah berdiri dulu atas motor tu. haha.. langkah keselamatan..

ok. bye. wassalam.

3 comments:

MasReena said...

ya allah susah2 je naik tren... ni nak mengelak jem ke ni? sekarang kak kerja mana?

Masya said...

nasib baiklah x merasa pg kerja naik tren haru jugak yer huhuhuhuhu.. nanti kalau dah sarat lg kene hati².. x menahan berebut dpn pintu..

nurul aini said...

haha...mcm sy je.kne dri klu nmpk nk langgar bnde.xtahan sakit terentak smpai kpale..huhu.baik2 nk moto...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails