Tuesday, September 24, 2013

perihal anak-anakku

Assalamualaikum..

Hallu hallu. nampaknya kemalasan update blog telah bermula.. well, tak de apa yang nak di story. Aktiviti hujung minggu pun biasa2 saje.. nak keluar jalan2 belum gaji dan ongkos sangat limited.. dapat beli pampers aisyah je. gaji pulak hari khamis. terasa kelambatannya bulan ini. huhu..

Hari ni adalah hari terakhir aisyah minum susu ibu.. semalam, aku pam dua kali session tu dapat tak sampai 3 oz.. sedih sangat. so aku decide bungkus bawa balik pam spectra 3 yang banyak berjasa tu.. cukup2 lah pam kan.. time balik tu aku tengok je muka anak dara tu. esok2 susu apa lah dia nak minum. sebab dia memang peminum tegar susu ibu.. banyak kali dah aku cakap minum susu botol tau.. dia kata "ala...." pandai tau menjawab sekarang ni..

Dia memang tak nak minum susu lain. tapi bila time balik, habis lah ibu. dia menonggeng2 nak nenen. susu pun tak banyak. tapi aku cubalah sedaya upaya menambah susu ku macam minum esp, minum nestum oat.. tapi tak tahulah berhasil ke tak.. pengasuh suruh beli calciyum.. dia suka makan yogurt tapi strawberry dan grape.. perisa lain tak berapa.. yogurt low fat aku punya tu pun dia suka.. tapi cukup ke kalau makan yogurt je.. pening kepala tau budak ni tak nak minum susu.

budak togel lepas yakyak..

Semalam juga aku dah buka mealshake yang baru.. beli dah lama selepas tong pertama tu. cuma tak buka je lagi. so semalam, bancuh mealshake tu sikit dengan oren.. minum sikit2 dengan sudu. tu pun kena paksa minum. sebab apa tau. sebab dia berak sembelit. kesian lah kalau tengok dia menyorok tertonggeng2 nak berak. yang kuar 2 ketul taik kambing je. pastu sebelum tidur tu, haa.. ambik ko penuh pampers..siap ada duit siling lagi.. sabo je lah main2 duit siling sumbat dalam pampers..

Semalam juga, konon aku malas nak masak.. pengasuh aisyah dah bagi kuih dan  nasi lemak.. lepas balik keje, makanlah sikit kan. sekali tu boleh pukul 9 lebih dak aqil tu kata lapar. aduyai.. ayahnya dah ke laut dah dibuai mimpi. terpaksalah aku masak nasi dan goreng ayam segera 4 ketul.. aqil memang, kalau malam dia tak makan nasi, dia macam tak puas. macam tak de apa yang dia makan malam tu. hmmbudak2 nak membesar kan.. makan je kejenya. tulah peti ais tu mesti ada sesuatu untuk dikunyah like buah ke biskut ke.. 

ni gambar masa pegi jusco hari ahad lepas. time ni dah petang. siap2 mandi pakai baju tidur.. aqil memang hantu main. bawa pegi sini pun dah cukup bahagia dah. hehe

aisyah pulak takut2. dia duduk je tepi2 tengok abang dia main. kutip2 bola. seingat aku, time aqil dulu penuh gambar dan video aqil main kat park ni. tapi aisyah macam kurang sebab dia tak pandai main.. hehe. kalau aku bangun nak suruh dia main sendiri mesti dia bergayut nak ikut.. kalau aqil, habis satu park tu dia tawaf.

abang aqil. kekenyangan semalam.. lepak2 tengok tv..

Oklah. tu je nak share. baru je pengasuh telefon. cakap aisyah habis minum susu FRISO sample yang aku amik kat jusco hari tu..5 oz plak tu, licin. alhamdulillah. kalau dia suka, aku beli susu tu je.. tapi a bit expensive sikit -_-. susu dutch lady dia tak mo.. anmum pun tak mo juga.. legalah aku dengar.. tapi jangan lega sangat takut budak kecik tu pandai tukar2 rasa kan. hmmm...

ok bye. wassalam..


12 comments:

Masya said...

pesen anak sy jugak kadang² mcm semalam.. dah makan laksa dia yg mintak .. tetiba 10 malam kata lapar.. nak makan nasi huhuhu... pujuk² gorengkan kentang.. nasib baiklah dia nak..

Nurulhuda Abdul Latip said...

Harap Aisyah nak minum susu lain lepas ni kan..Yelah takut berat dia kurang jugak, tapi macam saya pernah cakap sama dengan Zara saya..Susah nak makan, tapi dia minum susu tapi bab nak makan memang payah sangat sampai saya rasa tertekan..Nak dibandingkan dengan abang dia memang jauh beza sangat la..

~MommyAqilMedina~ said...

huhuhu..memang pening kan kalau anak taknak minum susu..takut tak cukup nutrisi..anak kakak aida pon macam aisyah jugak ..peminum susu ibu tegar..tapi tula..sampai masa,kena wean off jugak..semoga Aisyah akan minum susu Friso tu smpai besar..takde lah ibu pening kepala lagi kan..huuhu

Rizziela said...

Pandai merasa kan budak2 sekarang..nak yg mahal2 ajer

lily lotus said...

banyak dengar pasal mealshakes tu. nak try jugaklah heee..

Suliana said...

tu lah, kena standby stok mknn kat peti ais. hehe

Suliana said...

aisyah mkn pun ada cerewet gak. sikit je mknnya..

Suliana said...

hehe.. susu mahal tu.. takpelah utk anak kan..

Suliana said...

itulah.. tapi susu ibu lagi tak ternilai..

Suliana said...

try la lily.. insylh bagus :-)

Cik Puan Rara said...

sedap kot eh susu friso tu.rara bg anak ducth lady je.

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails