Wednesday, September 4, 2013

nasi minyak untuk jiran

Assalamualaikum..

Ahad lepas, aku buat makan2 sikit untuk jiran2. actually pengasuh aisyah yang nak datang beraya.. dia dah booking lama dah, takkan nak masak mee goreng je kan. hehe. So menu hari itu ialah nasi minyok :-p tahun lepas nasi carrot. alah, lebih kurang jelah, cuma tahun ni tak de carrot. first time masak nasi minyak ni.. selalu makan mama dan kak long punya masakan je. hehe

Hari Sabtu tu, balik lenggeng jap, ada kenduri dan bacaan yaasin sempena budak2 nak exam besar kan.. ramai jugak lah anak2 sedara husband yang nak exam besar tahun ni.. Sempatlah aku pinjam periuk nasi besar MIL aku. hehe.. nak beli sendiri nanti-nantilah, bukan selalu pakai pun.. jadi, pinjam ye mak :-) tahun lepas pinjam periuk jiran. haha. tak tahu malu punya orang. +_+

Okey2.. persiapan bermula dari malam ahad tu lagi. lepas balik kenduri kat kampung, siap2 kupas bawang.. bawang je pun.. pastu tidur sebab dah pukul 11 kot masa tu. tak larat dah. banun pagi2 pukul 5 tau. tu pun sebab aku sakit perut, kalau tak, tentu tak bangun. hehe..

Perkara paling awal ialah aku buat kek red velvet dulu.. haa. ni lah yang tertangguh.. nak buat tapi tak terbuat2.. siap kek pukul 7 kot dah siap bakar. kali ni sebab gatal tukar tepung kan, habis kek aku bantat tau. patut pakai tepung biasa, tapi aku saje nak tukar self rasing flour. mula2 naik elok, sekali tu amik ko, macam kawah gunung berapi dah..

Ok, aktiviti memasak bermula pukul 8 sampailah pukul 12.. siap2 mandi sume.. lap2 mangkuk hidang.. jemputan pukul 2 katanya.. adik aku pun ada datang, aku ajak, sian dia sorang2.. tak lama tu pukul 2.30 jiran2 datang. jemput jiran akak pengasuh aisyah sekeluarga, jiran belakang, jiran depan. adalah dalam 4 buah rumah je kot.. tapi satu buah rumah tu datang dengan sedara mara dia.. penuh rumah ku. yang tu memang noted lah tapi tak sangka ramai. huhu..

First trip je risau jugak takut lauk tak cukup ke apa kan. orang tengah makan aku basuh beras dan kopek bawang. huhu.. Alhamdulillah lauk memang ngam2 untuk pukl 2.30 tu, untuk waktu seterusnya aku suruh en husband beli ayam seekor lagi.. nasi aku maak lagi 4 pot.. petang tu kawan aku datang sekeluarga. oklah.. seronok melayan tetamu.. risau takut orang makan tak cukup je. huhu.

nasi minyak of the day

acar timun. petua mama : jangan letak air. nanti tak rangup.  toskan timun yang telah dipotong. cukup dengan campuran cuka sikit, gula dan garam.

ayam merah. pedas sikit hari tu. aku pakai cili kering. selalu pakai lada boh je. tapi banyak cili kering, better habiskan apa yang ada kan. tapi pedas2 pun terangkat ^_^. jiran2 ku menyukainya.. kekekeke 

nasi minyak sedang dimasak. minyak sapi sikit, hirisan bawang, rempah 4 beradik dan susu cair. nasi ni 12 pot tau. aku pakai beras moghul basmathi 1kg.. tambah sikit dengan beras sedia ada sebab beras panjang dah habis..

hasilnya. bila kering, titiskan sedikit pewarna. biar sekejap, barulah kacau. kalau kacau masa basah, nanti semua kaler dia merebak.. ni aku pakai kaler orange.. kalau ada kuning lagi lawa..

set corning ware baru dirasmikan hari tu. main kutu dengan mama :-)

daging masak kurma.. bau dia sedap.. tahun lepas aku salah step tak tumis, tahun ni jadi.. tapi daging pulak tak de.. pakai daging steak sikit je dapat.. ni gambar sedang diperap ye.. yg masak betul tak do..

rempah kurma beli kat pasar payang terengganu tahun lepas. habis dah. sape nak pos kat i dipersilakan :-)


kek bantat.. macam kawah gunung berapi..

transform to a beautiful kek +_+ dengan cake tray pun baru rasmi. tu semua amik dengan mama.. hehe

Alhamdulillah. segalanya licin.. adalah balance sikit untuk kami malam tu, suka kan kalau apa yang kita masak habis. tak payah susah2 nak buat camana lebihan nasi tu.. kek pun tinggal 1/4 je masa tu. owh lupa, sempat juga aku buat puding kastad tapi kali ni aku tak masak susu cair tu, aku tuang je atas kastard.. macam lagi best kalau masak susu tu. lagi manis..

Minggu ni last syawal kan.. tapi Sabtu jiran aku buat open house lagi. hehe.. now aku berpuasa ganti hari ke 8.. esok insya-Allah nak puasa lagi last day :-)

ok bye.. wassalam..


7 comments:

nabila zaremi said...

akak..nak jadi jiran akak boleh?jadi jiran time raya je..terliur la pagi2 nie...hehehe

nurul aini said...

kak su, mmg klu pkai self rising floor jd cam 2 ek?sy br buat ri 2 pun lbh kurang jd cam 2.tp sy ingt sbb sy sk bukak oven sbb mcm xmsk2 kek...mcm naik tinggi sgt n dlm x msk.2 dok bukak2 n lme2 die turun.tp klu dh akk pun sme,mgkn mmg sbb tepung la kan..isshhh..

~MommyAida~ said...

Betul sue..kalau makanan semua habis rasa macam lega gile..sebab tak payah fikir membazir ke hapa kan..huhuh..Pandai sue masak nasi minyak..menjadi pulak tu..nanti aida nak try jugakla...hihi

Suliana said...

blh nabila :-)

Suliana said...

Ye.. jadi xpyhlah pndai2 tukar tepung :-p

Suliana said...

cubalah aida, senang je :-)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

pandai sue masak banyak2 gini.. linda tak reti masak byk2.. terus jd kelam kabut..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails