Monday, September 16, 2013

kakak to be


Assalamualaikum...

Ni lah kakak to be ni.. Aisyah humairah. Masih mengendeng nenen ibu ni. Camana nak buat ye.. Kesian tengok dia tercari-cari nenen ibu ni. Tu jelah yang membuatkan dia melekat dengan ibu.. Bonding time dah hampir tamat untuk kami berdua.. Tapi selagi aku mampu, akan kuberi nikmat susu ibu untuk aisyah.. Pantang baring, mesti ada je nak melekat selak2 baju ibu ni..

Serba salah sebenarnya.. Kalau ikutkan hati malas dah nak bagi nenen tapi kesian kat dia. Susu formula lansung tak nak. Kena paksa nangis2 minum. Dalam 3oz tu gerak sikit je dalam setengah oz.. Camana tu dik nak membesar. Tapikan, jangan salah faham pulak kawan2. Sumber protein tu bukan dari susu sahaja. Boleh dapat dari sumber lain macam keju, ikan etc.. Tapi yang senang nak bagi tentulah susu kan..


Kalau baca kisah aqil dulu masa nak wean off, memang sedih syahdu syahdan gitu. Tapi lama2 kena juga keraskan hati. Sebab dah sakit kan.. Lepas je dia berhenti bf, terus jadi peminat susu fm tegar. Asyik minta susu dan asyik makan je..ada je benda nak kunyah... Itulah kisah aqil. Aku suka baca cerita sendiri, flashback balik camana aqil dulu2. Hehe.. Itulah intan payung nan seorang..


Aisyah bila ditengok2 nak jadi kakak alahai macam kecik lagi je budak ni. Aqil dulu nak 3 tahun baru officially jadi abang.. Tu pun memang tengah nak melasak tu. Berpantang sambil jerit2. Haaa.. Ko hado.. Adoi stress mak bila teringat balik. Kesian kat aqil memang banyak kenalah time dalam pantang.. Aisyah pulak, hope dia tak banyak buat karenah.. Maybe sebab dia girlkan jadi please jangan nakal2 ye aisyah.. Kalau nak duduk pantang dengan ibu, silalah buat perangai baik2.. Abang aqil tahun depan tadika dah. Jadi dia akan jadi weekend family dengan ayah. Hehe. Gitulah planningnya nanti.. Lambat lagi. Tapi semua kena fikir tu...

Oklah. Happy Malaysia day to all.. Kami lepak rumah je jalan dekat2 je.. Settlekan kain baju sume.. Cadar yang mana berbau air liur basi tu silalah tukar. Aku ni sejak preggy deria bau memang kuat sikit. Tak boleh tahan bau busuk2 ni.. Oklah. Bye.

Wassalam..
Published with Blogger-droid v2.0.10

6 comments:

Ietams said...

take care ye..

sisanizu said...

biar je lah su..nenen kat umah je..malam2..mmg breast sakit kan..tp kengkadang anak ni dia bukan nk susu nenen sgt..dia nk bermanja je...kalau su boleh tahan,, tanderm nursing..kalau sy mmg tak sampai hati nak berentikan anak kecik lg..hu hu sian aisyah kan..? ikut hati su lah..serious kesian rasanya..sy boleh bygkan ayra...lom puas bermanja..sedihnyyyyyaa..

Ena said...

tak pe rasanya.. kasi je.. kita nya ipar selalu kasi je sampai dah bersalin. kdg tu siap berebut dengan baby lg.. heheh..

seronoknya baca bila ramai yg berjaya menambah ahli keluarga.. kami ni bila la agaknya.. si kecik pun dah big boy.. hrmmm..

MasReena said...

Take care kak... teringat kisah Aqil masa kecik-kecik dulu selalu baca sebab masa tu saing-saing Maisarah =)

~MommyAqilMedina~ said...

huhuhu..alahai..nak jadi kaka dah Aisyah..semoga Aisyah akan behave dan akn jadi kaka yang terbaik..InsyaALLAH.

Masya said...

tahniah yer.. murah rezeki awak... alhamdulillah.. doakan sy pulak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails