Friday, September 6, 2013

gantung kuali

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat. Alhamdulillah, semalam telah lengkap puasa ganti aku cukup 9 hari. Semoga amal ibadah ku diterima oleh Allah SWT.. Lega rasa dapat mengganti puasa, kalau tak, rasa berhutang je.. Mood bulan Ramadhan tu masih ada, tambahan lagi suasana kat opis ni kalau puasa pun tak rugi. Sebab kurang pemandangan yang enak-enak di sini. So nafsu terkawal sikit.. :-)

Sepanjang 5 hari dalam mingu ni, hari2 aku menapau. hehe.. gantung kuali katanya.. mood nak masak tu tak mari lagi. konon hari ahad tu dah pulun masak kan.. so letih dia membawa kepada 5 hari gantung kuali :- p Petang ni lepas balik kerja, nak pegi open house taska Aqil pulak. hehe..

Semalam, sempena meraikan aku dah habis ganti puasa, kitorang makan luar.. makan kat restoran bangkok station. dekat dengan rumah je.. menu yang selalu kami order ialah ikan siakap stim halia.. yang ni kalau pegi banyak kali pun, rasa dia tetap tak berubah, memang sama dan sedap.. cuma semalam, ikan dia macam rasa tanah atau hanyir. tapi disebabkan kuah dia sedap, layan...

Pastu order yang kami suka pilih ialah kerabu ikan bilis. pun sedap. anak2 suka. aqil suka makan ikan bilis. tu yang gigi dia 'kuat' tu. hehe... total kami makan ni RM 42 siap dengan air buah . dua jenis lauk je amik :-)

ikan siakap stim halia.. kalau aku buat mesti tak jadi, overcook lah, kuah kering lah. huhu

selak2 halia baru jumpa ikan.. dia juga letak bawang putih jeruk.. dulu lagi banyak, sekarang sikit je letak.. 

kerabu ikan bilis. dulu ada gak sehelai dua daun salad.. 

Hari sebelum2nya, oleh kerana en suami tak dapat makan kambing kat jamuan raya opis dia sebab dah habis, marilah kita makan kat kedai je.. makan kat Has Raz Steak kalau tak silap. kat ampang water front. ni kira try and error lah kan. tak pernah masuk pun.. tapi sebab suami mengidam, moh lah kita.. kalau sedap, boleh datang lagi.. ternyata ok, boleh datang lagi, not bad lah. harga pun murah. Kalau macam Sizzling Lamb ni RM 17 kalau tak silap..

ni aqil amik gambar.. pandai aqil amik :-)

ni set aku punya.. sama je gambar kat atas.. banyak lemak!! i like tapi agak bahaya, kolestrol maaaa :-p

yang ini dak kenit punya.. kongsilah dua beradik. tak habis pun. beria order kan nak burger.. sampai2, kacau steak ibu jugak.. 

Overall bestlah. banyak sebenarnya kedai makan kat area Ampang Waterfront ni.. Steamboat ada, satay station ada, Shahrin Low ada, korean food ada.. eh banyak pulak tempat yang belum kami pergi. hehe.. siap duit je lah kalau nak makan luar ni.. Sekali sekala kan :-) 

Ok bye. wassalam..


4 comments:

Chot said...

satay station tu sedap..tapi mahal satenya..heheh

hazlina azmi said...

Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

nurul aini said...

huhu..tringt dulu ms sy awl2 peknen xmkn lgsung western cmni.takt pns pnye psl pdhal teringin ni.dh anak melelh air liur..heee..

MasReena said...

sedapnya kak =)

Romantiknya nya Dating Berdua Di atas Langit =D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails