Thursday, September 26, 2013

1 year old and 9 months

Assalamualaikum

Hari ni balik awal sebab ada appoinment kat klinik bawa aisyah timbang. Dan berat terkini dia 8.8kg je. Pergi berdua je dengan dak kenit ni.. Masih line kuning tapi berat naik la.. Takpelah dik, janji adik sihat dan aktif.

naik penimbang pun nangis beria.


Makan yogurt dan roti kat klinik.. Belum nenen lagi ni. Susu masih menolak.. Aish pening dah ibu. Malas nak paksa2. Dia rela tak minum susu.. Tapi ada ke orang tu cakap anak ko tak minum susu terencat nanti. Terencat apanya.. Ish tak baik cakap macam tu tau.. Banyak lagi sumber kalsium dan protein okey.


Oklah. Nak berehat kejap. Jap lagi nak bertolak ke Melaka. Nak ikut event opis ayahnya.. So esok cutilah sehari..

Ok bye!! Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

~MommyAqilMedina~ said...

heheee..comel je Aisyah ni..geramm..ringan je dia eh..takpe!janji sihat n aktif k!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails