Thursday, August 15, 2013

suasana raya episod 1

Assalamualaikum..

Hi! i'm back :-) setelah lama tak mengadap pc, baru hari ni boleh update blog.. boleh je nak update pakai hp kan, tapi malas pulak.. tuan rumah beraya kan, jadi blog pun beraya jugaklah :-) Ok, hari ni baru naik keje. Balik Ampang hari Selasa malam tu dah sampai dah. Semalam, lepak2 kat rumah je lah, tapi lunch semalam pegi Jusco, jalan2 cari makan katanya. Makan Nando's sebab dalam bulan puasa dah lama mengidam tapi tak dapat sebab kekangan masa kan. hehe.. Melayan anak2 main game sambil2 tu aku pun jalan2 cuci mata tengok perhiasan rumah. hehe. mood deko rumah tak habis lagi. tapi gitu jugaklah gaya rumahnya. Alhamdulillah dengan apa yang ada.. Jemput datang rumah ye.. orang KL ni tunggu open house baru nak datang kan, kalau tak, sampai sudah tak de nampak batang hidung. tapi kalau sahabat sejati, tak de open house pun datang juga bertandang merapatkan silaturrahim.

Ok, now dah bau makanan. sapelah yang memasak ni kan. aku puasa hari ni. puasa ganti plus puasa sunat sekali kan.. ha, tahun ni ada lompong 7 hari. aku ingatkan 9 hari tapi sebelum raya tu dia dah stop.. tapi tak pelah, kalau rajin nak buat lebih.. esok pun kalau dapat nak puasa juga.. weekend je tak dapat, sebab ada majlis birthday anak sedara dan pertunangan sepupu.. 

Okey, cerita raya ye. camana ye. raya di Lenggeng oklah, seperti biasa jelah. tak beraya pun, just raya 4-5 rumah buah je, rumah pak/tok sedara hasben. selebihnya tunggu orang datang rumah je lah. basuh2 pinggan, basuh cawan.. Petang hari raya kedua tu dah berangkat balik Kluang. Singgah rumah nenek jap, amik kunci dan makan nasi. hehe.. Pukul 9 tu gerak balik rumah.. dekat je rumah nenek dengan rumah mama, dalam 10 minit gitu. tak lama aku sampai, family pun sampai. diorang dari Terengganu, balik beraya ke kampung halaman mama..

Pastu kat Kluang pun tak beraya ke mana2 pun, kalau ayah tak gerak, kitorang pun tak geraklah jawabnya. Rumah kawan2 pun tak pegi, kecuali my BFF ada datang rumah.. bandar Kluang pun tak round. aku kalau balik Kluang memang macam tu, memerap kat rumah je. hehe. Rumah pakcik2 memang wajib pergi, nak dera diorang masak best2. hehehe.. kalau menyerang bukan sorang dua, sampai padat2 rumah kawan tu. hehe.. tu lah kalau anak beranak memang dah ramai. redha je lah..

Jom tengok beberapa keping gambar. sikit je lah dapat tunjuk sebab pic tak morotate. sabo je lah. later lah tunjuk gambar yang gojes tu 0_o 

menu wajib mak mertua. mi sup, lemang, rendang, gulai ayam kampung dan nangka

rendang mak mertua. campur2 dalam tu ada daging, limpa, paru.. terbaik ni.. 

dengan parents in law. 

gambar poyo2 bersama anak2 tersayang..

Ok. nanti aku sambung lagi.. bye. wassalam..


6 comments:

Masya said...

tahun ni giliran rumah mertua ker??? hihihihihi ... masa raya ni lah nak jumpa sedara mara pun kan.. bila lg nak dera kikikiki

Suliana said...

tiap2 tahun kita raya rumah MIL dulu. then baru balik johor :-)

~MommyAida~ said...

wah makanan!terliur..hihihi..walaupun xposa pon hari ni..hehee..wahh lamanya cuti!!best!!

mekchu said...

alamak.. dah setel cerita raya pertama ni.. nak kena start buat entry jugak laa..

Selamat hari raya :)

Suliana said...

best!!! rasa nak cuti panjang2 lagi :-)

Suliana said...

cepat buat kak :-) selamat hari raya jugak :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails