Wednesday, August 21, 2013

selepas sebulan

Assalamualaikum..

Dah sebulan lebih aku berada di sini.. 16/7 sampailah hari ni 21/8..apa input yang aku dapat? output bagaimana? memanglah bukan perkara baru bagi aku tapi setelah lama ditinggalkan, ia menjadi pembelajaran baru lah kan.. dengan suasana baru, prosedur baru dan sistem kerja yang berlainan..

Sebelum ni, sifu ada, bila sifu dah pindah, semua kerja kena buat sendiri. berdikari. tanya orang sana sini. kadang naik malu asyik sms/wassap sifu.. naik malu juga bila selalu kacau orang tanya itu ini.. tapi haku peduli apa, asalkan kerja yang aku buat betul, lantaklah soalan bodoh ke apa, aku nak juga tanya. tapi aku selalu tanya orang lain2. cover lain sikit lah kan.. hehe.. 

Tapi oklah.. i love my job. cewahh.. walau pun semalam, kadar tekanan di level pertengahan.. pukul 8.30 aku dah tidur depan tv :-p tak tahulah penat sangat ke apa kan, tapi semalam bermulalah tahap blur aku.. orang tanya aku sengih2 je. semalam pegi site bersama2 dengan ex bos aku dulu.. nasib baik puan ni memahami kan, jadi dia tolong cover dan tak tanya apa2 lah..

Sibuk juga. patutlah orang tak bercakap sangat kat sini. dulu aku stress orang tak bercakap kat sini. boring gila. now, bila semua dah sibuk , tak de masa lah nak cakap2. cakap hal yang penting2 je.. radio pun rasa semak je kalau buka.

tapi, bila time lunch hour macam ni, orang sume tidur, kalau tak pegi makan lah. aku nak juga tidur, tapi tak boleh nak tidur. huhu..mata kelip2 je. memikirkan kerja yang banyak. banyak tu bukan sebeban dokumen atas meja, tapi beratur kerja nya. masalah demi masalah. aku tak nak diri dibelenggu masalah, terus tanya bos lah. hehe. kalau boleh nak settlekan kerja yang beratur ni. tapi bila dah cukup time, kriinngggggggggg babailah. sambung esok pulak :-)

Al maklumlah dah lama otak tak bekerja kuat. tak pelah, ni bulan pertama berdikari, bulan2 seterusnya insya-Allah kalau otak aku ni cepat tangkap, dah tahu prosedur, dah terer itu ini sap sap soi je lah lepas ni :-D orang tanya petik jari je boleh cakap. haha.. tapi tadikan ada orang tanya, muka kena konfiden jawab. jawapan betul ke salah tak tahu lagi. kuang kuang kuang. lepas tu baru tanya bos balik betul tak jawapan tu :-p

Oklah, be positive woman. think positive. Anggaplah kerja sebagai satu ibadah.. bye. Wassalam..

2 comments:

umifariswafiq said...

Gud luck dear!! ;)
Its not easy to be a gud qs kan.. Hahaha

mekchu said...

baru lagi tu.. baru sebulan lebih.. take ur time ok...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails