Friday, August 2, 2013

Sampul Duit Raya

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan hari ke.... 24 :-) ada lebih kurang 6 hari lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita.. Macamana prestasi puasa kita pada tahun ni? cer flashback flashback and flashback.. Apa yang dah kita buat sepanjang bulan Ramadhan ni.. Masih sempat lagi mengejar pahala untuk beribadah di bulan yang mulia ni.. sempat lagi ni. Tapi tapi tapi.. aku dah selamat dah berhari raya semalam. tettt... masa awal puasa, dah ponteng dua hari, ni dah hujung puasa pun datang lagi.. Entah2 sampai ke penghujung Ramadhan kot tak clear lagi no... banyak pulak kena ganti puasa tahun ni..  Di samping ada sedikit kerugian merebut pahala di bulan puasa ni, aku bersyukur juga hormon aku dah kembali stabil.. kitaran haid dah semakin tepat sejak aku berhenti makan pil perancang 3 bulan yang lalu.. 

Sape kata orang perempuan yang tidak boleh berpuasa, rugi? boleh je nak buat pahala banyak2.. Masakkan untuk orang yang berpuasa, pahala dia sama macam pahala orang yang berpuasa tu tau. Boleh berzikir, mendengar bacaan al-Quran.. banyak lagi pahala yang boleh direbut di bulan Ramadhan ni.. ha, so balik ni kenalah masak ye tak.. semalam dah membungkus je. hehe..

En suami hari ni pandai pulak bangun sendiri sahur. selalunya kena gerak banyak kali juga baru dia bangun. ingat isteri tersayang ni 'cuti', kita tak bangun sahur ke.. bangun jugak.. tapi makan roti bakar je dan air teh o.. aisyah pun bangun, tengok upin ipin.. Aku pun makan sahur gak, kat opis ni camana nak makan kan.. pulak tu tengahari nak jengah2 ke area Maju Junction sana..hehe..

Uppss.. lupa.. tajuknya sampul duit raya kan, terlajak ke lain pulak.. korang suka pakai sampul duit raya tak? kalau aku suka je.. tapi ada orang lebih suka kalau tak pakai sampul.. kalau pakai sampul, rahsia lah sikit berapa nilai duit dalam tu kan. hehe.. tapi budak2 sekarang ni dah pandai. dapat duit raya, terus buka sampul, "dua ringgit je???" haish.. urut dada mak.. kenapa? tak nak ke? bak balik, budak2 tak boleh pegang duit banyak2. hehehe..

Lagi satu, aku simpankan duit raya budak2 ni, termasuklah sampulnya sekalikan.. now, sampul duit raya terpakai memang banyak.. ada aku letak kat satu tempat.. bolehlah pakai buat pegi kenduri. tapi time nak pegi kenduri, tak de plak sampulnya.. hehe..

Supplier sampul duit raya aku adalah pakcik jiran sebelah rumah. dia keje bank, so tiap2 tahun dia kasi dalam 6-7 bungkus sampul. jadi tiap2 tahun memang tunggu lah sampulnya tu.. tahun ni aku pulak tanya, tak de sampul ke.. hehe.. dan pagi tadi dapat lagi sebeban :-) ada yang panjang, ada yang pendek. oklah tu..

untuk ex-staff.. sampul je. tak de isi.. hehe. koleksi campur2..

Ok. bye. today last day keje. minggu depan dah cotii raya!!! yahoooo... sape2 yang balik kampung hari ni dan weekend ni, selamat balik kampung. baca doa naik kenderaan.. jangan rushing2 ok.. relax2 sudah. kalau ngantuk, berhenti dulu ye. semoga selamat sampai ke destinasi..

Wassalam


1 comment:

zurasayang77 said...

boleh mntak 2 kping stiap jnis? sy kumpuk smpul duit raya ;-) klau nk sruh byr pun sy bleh bli :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails