Monday, August 26, 2013

new look baby

Assalamualaikum..

Hai!! Banyak cerita aku skip ni. tapi tak pelah, kekangan masa. silap2 blog ni nanti bersawang. busy lah.. baru tahu keje banyak. bertubi2 benda keluar masuk.. tapi i ok je.. baru hari isnin lah katakan.. tak de lah terasa penat sangat. kalau dah tengah2 minggu tu memang terasa keletihannya.. hari ni puasa ganti hari yang kelima. sebelum cik peod muncul kembali (muncul keeee.. hehe) baik cepat2 ganti puasa.. kang bila dah berhenti puasa, nak mula balik tu jenuh jugak tu kan..

Ok, sabtu lepas tidur rumah MIL.. semalam balik. tak sempat jumpa parents aku diorang singgah rumah MIL kejap sabtu tu.. ada kenduri kawin kat seremban.. FIL aku tak berapa sihat kan. dah lama juga diorang berhajat nak singgah tapi sabtu tu baru dapat jumpa..

tak de aktiviti apa pun.. main game candy crush tu dah level 162. weewiitt.. setelah 2 bulan aku tersangkut kat level 147, lepas jugak akhirnya.. asyik main game je, apa punya menantu lah ni. hik.. Cik adik Aisyah dah berwajah baru tau. siang tu, aku memang dah plan nak trim rambut belakang dia. lambat nau nak tunggu panjang sama rata.. luar panjang, dalam pendek. kita kasi potong je lah..

Dia tahu orang nak potong rambut dia. macam tak kasi usik. hehe.. tapi dapat juga potong itu ekor. trim lebih kurang. rasanya macam tersenget sikit belakang tu. tak pelah kan dik. kalau bawa pegi kedai gunting mahu melalak. tak pe, kecik2 biar ibu je trim rambut korang :-p

before

after

Nampak lain sikit muka dia. nampak lagi bulat.. asyik tengok je muka aisyah.. homei hugak hanak hibu ni :-D kerja dia kan lately ni suka makan. tapi makan merapu lah. kutip2 makan. paling dia suka makan/main ialah kuih raya atas meja. kerepek. ok je dia suka makan, tapi main je lebih. suka makan kurma. itu sudah bagus. tapi kebanyakkannya tak habis.. makan main2. apa2 sume nak suap sendiri.. sabar je lah ibu tukang kutip..

Aqil pulak sekarang ni duk gila nak beli mainan. masuk kedai, terus tuju tempat mainan.. kalau tak dapat, mencuka habis. memang spoil mood dia. time dapat duit raya, dia pesan ibu simpan, beli mainan kereta pusing2.. sabo je lah. tapi dia suka main kereta yang ada track pak lang dia kasi. tahan lama jugalah duk usung ke hulu ke hilir. now dia dah berkenan satu kereta track pusing2 kat speedmart. RM26. semalam dah merayu2 nak beli, sekali kena sergah dengan ayah dia, terus terkubur. sian aqil.. tapi kalau selalu beli mainan bengkok mak kau ni. siap ada list lagi, nak transformer plak lepas tu 0_o tu lah kisah anak bujang tahun depan 5 tahun dah. harap aqil menjadi anak yang soleh.. memahami. berani. dengar kata. iqra dah tak nak baca sekarang, dah pandai gamaknya. belajar2 pun tak de dah.. tengok kartun main game tu jelah keje nya..

Okeylah, tu jelah nak share.. bye. wassalam..

2 comments:

~MommyAida~ said...

Hihihi..Aqil Sue..samalah dengan Aqil aida..suka mainan...dulu mengamuk jugak kalau tak beli,tapi sekarang dah faham..dah besar kan..Aisyah nampak cute sangat dengan New hairdo..rambut dia halus-halus je kan..

Masya said...

BUDAK² SKRG KAN TAK DITURUT MEMANG MUNCUNG, KDG SY SIAP PESAN KAT ANAK SEBELUM PG KEDAI.. XMOO BELII MAINAN TAU .. MAINAN DAH BNYK KAT RUMAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails