Wednesday, August 28, 2013

Magic Inner

Assalamualaikum..

Semalam, ada staff jual magic inner. eh, kat sini macam2 ada orang berniaga.. jual kain, jual tudung, macam2 lah.. mujur aku masuk dah tengah2 puasa kan.. kalau tak, dengan aku sekali duk memborong :-) So semalam, aku belilah 2 helai. tak pernah ada magic inner ni kan, cubalah sekali..

Balik tu, sebelum tidur, aku baru teringat ada benda dalam beg. so, mari mencuba.. belek2 shawl yang ada. ha, ada sehelai je lama dah aku beli.. aku try inner tu, hmm ok jugalah. macam comel je aku pakai. kuang kuang kuang. ok lepas ni boleh try beli shawl pulak lah. saje tukar2 fesyen kan, dengan syarat patuh syariah :-)

model cilik ku. tak reti diam minah ni. konon comel lah tu kan orang nak amik gambar dia, sibuk pusing2 lari2..

makcik sangat.. membongkar..


me testing wearing shawl. ok tak? hehe. muka seharian bekerja. tak delah magic sangat kan, ikut muka jugalah kan, kalau dah nak melekat tu, melekat juga. tapi oklah, tak delah buruk benar kan. hehe


anakanda yang meragam. aqil ni makin besar makin banyak peel nya.. sabor jelah kan melayan anak ni. dapat pulak ibu yang jenis memetir. sian aqil..  


sedikit biodata aqil:
mata bulat, hidung terpacak, bulu mata yang lebat. suka bermain dan menonton tv. gigi dah banyak rosak. suka makan coklat. mulut lebam akibat alahan antibiotik yang kerap diambil semasa 2 tahun ke bawah. seorang yang agak penakut atau dengan kata lain lemah semangatnya. sayang adik dan pandai melayan adik.  tahun depan bulan 1 dah 5 tahun. how time flies..

Ok bye. wassalam..


14 comments:

mama maman aka yana said...

ada terbaca gak psl inner magic nih.. adakah magic atau tipuan magic je.. kiki.. muka bulat ada hati nak nmpk bujur (me la tuh).. hahaha

mahal x sue..??

Cik Puan Rara said...

eh cantik lah kak.labuh eh.nk beli gak boleh.hehehe

Suliana said...

sehelai RM 10.. ok lah sedap pakai. :-)

Suliana said...

sila sila :-) ye, panjang belakang nya

~MommyAida~ said...

Cantik Su pakai shawl..pakai jelah..KEsiannya Aqil kena allergic antibiotic..memang tak boleh hilang ke lebam tu Su?

Suliana said...

tq aida :-) lebam tu makan masa juga nak hilang.. ada ubat sapu tapi dia selalu kesat xnak pakai..tak pelah, asalkan sihat walafiat anak ibu ni :-)

CheNamNam said...

ok tue..cantek jerkk..elok jerk terletak shawl tue..tapikan cnn rase kalau cnn yang pakai harus nampak muka cnn macam bola..bolot semacam jerk nanti..hihhii

hermmm macam teruk jugak alergik Aqil tue...ank2 meragam nak tarik perhatian lah tuee...nak suruh ibu dia layan dia plakk..:)

ejaMaria said...

kak maria pun ada beli inner magic ni - beli online... ok la...suka pakai...

Sharinginfoz said...

memang magik, senang betul pakai

✿ pink velvet ✿ said...

magic inner ni bagus jugaq ye.. pjg kat belakang :)

Suliana said...

sakit telinga kak mula2 pakai. ketat..

Suliana said...

mmg.. nak perhatian je dari ibu dia. ayahnya garang sikit :-p

Suliana said...

senang juga..

Suliana said...

ye.. nak solat pun boleh pakai sebagai alas kat dalam tak jarang sangat telekung tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails