Tuesday, August 27, 2013

jamuan raya opis baru

Assalamualaikum..

Cerita khamis lepas. Jamuan raya di opis baru. baru tak baru sangatlah, dah sebulan lebih :-) Suasana nya lebih meriah. lebih detail. Pengarah mahu tema purple tahun ni. Dahlah tak de baju purple raya tahun ni, terpaksa ku korek2 baju purple yang available yang masih cantik dipakai.. maka, baju tunang 7 tahun lepas terpilih untuk event kali ni. aku jarang pakai baju ni sebab dia kena dry clean. Malas okey nak hantar dobi. kumpul banyak2 yang mana perlu dry clean baru hantar. tu leceh tu. tapi untuk kali ni, tak pelah, belasah je lah..

Bahagian ku in charge mee sup. amik caterer ani sup utara.. tapi aku tak buat apa2 pun.. tahu2 je dah siap. stall pun dah siap hias :-p nampak sangat tak amik port. bukan apa, diorang tertinggal nak ajak aku masa diorang nak hias stall tu. tak pelah, bagus gak tertinggal :-p tulah, bila dah duduk dalam bilik ni, aktiviti orang luar pun tak perasan.. 

Okey, jom tengok gambar dan suasana sambutan hari raya opis baru ku.. ni baru kali pertama kat sini, tapi posing tetap posing, lebih2 plak hulur telefon suruh orang amikkan gambar :-p 

kawan2 baru saya. umur semua lebih kurang kecuali bos dan akak hujung tu..

jamuan di tempat parking berbumbung..

 
complete but incomplete.. ada 2 orang tak de dalam pic, mc dan wife bersalin.

sahabat jkr since report duty sampailah sekarang. jodoh panjang dapat bertugas di tempat yang sama lagi. 

tara.. menu pertama yang aku serbu (aktiviti berebut makanan masih berlaku tak kira budak baru ke budak lama ke. hehe) . kambing golek ni ada 3 ekor. tak mainlah amik piring kecik2. hehe.. sedap, aku makan 3 pinggan kot, puas makan. dia punya sos black pepper tu 'panas' tapi sedap.. tak berapa lama tu, aku pun berlari2 ke toilet, cirit :-p 

sebelah gerai kambing tu, gerai laksa. amik laksa semangkuk. pun sodap. tengok gambar pun boleh terliur balik, dah la pose. i peminat laksa. tapi bukan sebarang laksa, yang sedap saje :-p

gerai buah

ada durian. puas makan durian. selori datang. ktorang dah simpan untuk kami2 makan later, tetiba boleh plak kena songlap.. sabo je lah

Haa.. itu je lah ceritanya.. jamuan sampai pukul 2 lebih.. so the whole day tak buat keje lah.. kekenyangan.. alhamdulillah dengan rezeki yang dinikmati bersama.. tahun ni seperti tahun2 sebelumnya tak hebat sangatlah aku pegi open house.. Jadual hujung minggu sentiasa terisi..  buat open house pun tak kot, masa singkat.. tapi kalau ada kawan2 yang plan nak datang, memang dialu-alukan.. bagitahu bila nak datang if kami available, jemput datang.. nanti kita masak2 lah apa2 yang patut :-) seronok sebenarnya orang datang rumah. aku pun suka je pegi rumah orang, makan2. hehe..

Ok bye. wassalam

8 comments:

Cik Puan Rara said...

wow siap ada gerai buah.best lah =)

Nurulhuda Abdul Latip said...

laksa johor suka tak

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

bab durian paling besh

Suliana said...

byk gerai sebenarnya :-)

Suliana said...

suka sgt tapi xreti buat :-)

Suliana said...

best!! puas mkn.

~MommyAida~ said...

Wahh meriahnya sambut raya kat opis..kaler pon Purple senada!cantik..Ade durian!haih..melting..hihi

Masya said...

MERIAHKAN.. RASA KELAIANANLAH KAT TEMPAT LAIN .. SIAP ADA TEMA LAI .. KAMI PULAK KHAMIS DEPAN .. BOS KATA AMIK HUJUNG² SYAWAL HIHIHIHIHI... TEMA MERAH, TGH PIKIR NI NAK PAKAI BAJU MERAH MANA GEGEGEGEGEGE ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails