Monday, August 5, 2013

home make over



Assalamualaikum...

Hari ni, aku dah start cuti!! Sorang2 je lah kat rumah.. Banyak urusan hari ni.. Salah satu urusanku kononnya nak buat kuih raya. Haha. Bahan dia dah laaaamaaa dah ada. Nak mula je tak mula2 lagi tau.. Actually kuih2 raya ni bukanlah nak makan sendiri. Tapi lebih kepada nak bagi mama dam MIL kuih..


Konon kalau buat sendiri lagi feel lah kan.. Hehe. Siap nak buat kek lagi. Tiba2 rasa macam eh sempat ke ni. Huhu. Sume nak buat eh.. Esok pagi dah nak balik lenggeng nak merendang.. Hari rabu dah free kot. Balik rumah sini balik. Settlekan apa2 yang patut..

Hari sabtu lepas, teman adik aku gi kedai baby.. Cari barang baby. Pastu lajak pegi jj wangsa maju. Hasben aku tak ikut. Bawalah aku kedek2 dua orang dengan aisyah dan aqil.. Aqil pau mainan kali ni.. Kopak ibu tau. Selalunya dia ok je bila tak beli tapi kelmarin over sikit merayu2. Huhu.. Terpaksalah beli, tolak duit raya dia nanti :-P balik2 je, tengok ayahnya tengah punggah2 barang.. Mengomeh rupanya. Hehe. Tq sayang :-D


Hari ahad pulak, sambung pulak make over rumah.. Aku ni basuh bunga plastik tu. Konon nak celup satu gubahan tu, sekali tu macam berat je. Terpaksalah aku cabut dan gubah balik. Aku ni dahlah tak reti gubah bunga. Tengoklah camana hasilnya nanti :-P

Petang tu, siap make over rearrange meja sofa sume, kitorang cari karpet pulak.. Yewww.. Raya sakan gitu. 5 tahun sekali beli karpet ye. First karpet yang betul2 beli di kedai karpet. Dua kali gi ulang kedai tu sebab rasa karpet yang mula2 tu kecik je. Macam xbalance je. Lepas buka, pegi balik kedai tu. Hehe. Mujur dapat tukar. Kalaulah banyak duit, nak beli banyak2 karpet, cantik weih...

Now tengah landing depan tv atas karpet baru.. Hmmm wanginya bau karpet. hahaha.. Hasben aku yang beria.. Tak pe tak pe. Dia beria mak lagi suka nooo.. :-) lepas ni, banyaklah pantang larang a big no no no kalau nak makan depan tv dan kat sofa. Tumpah air siap ye anak2..

Hmm tu jelah nak share..  last but not least aku nak ucapkan selamat menyambut Syawal yang bakal tiba beberapa hari je lagi ni. Mohon maaf di atas segala kekasaran selama aku.menulis dalam blog ni ye. Drive carefully time balik kampung ye. Semoga selamat pergi dan balik... Semoga Syawal kali ni membawa seribu makna dan keberkatan untuk kita semua..

Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.10

6 comments:

Masya said...

sama lah x reti nak gubah bunga jugak huhuhuhu ...

Ietams said...

wahh dah siap kemas rumah..
cantiknya dah!

nurul aini said...

bestnye raye sakan..kak su, slamat ari raye.mintak maaf slh silap (dlm keje or nyembang2)..halalkan mkn minum..maaf zahir batin..slamat ari raye...;)

Fizah said...

kita klu nk gubah bunga kena tgk tenet atau buku...idea sendiri selalu ke laut...hehe

mama ila said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance =)

~MommyAida~ said...

Karpet mahal tu sue..baru ni teman MIL beli karpet kat Nilai, mcm Sue punya ni mau cecah 8rat jugak..hihihi..xmampu mak!!Selamat Hari Raya ye Sue!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails