Thursday, August 1, 2013

hasil shopping barang dapur online

Assalamualaikum..

Halu halu halu... macam nilah aku, bila tengahari tak de pulak mata ni mengantuk beria.. tadi pagi, berat betul mata ni. terlentok kejap kat kerusi. pastu, ingatkan nak tidurlah kan, tak de nya. duk main game, baca blog etc2.. kalau ada keje, buat keje skit, haa amacam, bajet bagus le tuww time rehat pun buat keje.. bukan apa, dari aku terkelip2 baik aku buat benda yang berfaedah sikitkan. budak2 opis ni semua dah masuk 'sarang' tidur. hehe. kejap lagi meeting, harap2 tak lamalah kan.. harap2 aku tak tidur. mata aku ni bukan boleh orang bercakap2 ni. haha..

Okey, semalam kan aku cerita pasal belian online di tesco kan. semalam, orang tesco datang lagi 10 minit nak buka.. datang naik lori tu. nasib baik tak de orang sangat kat luar kecuali kakak bujang sebelah rumah. sempatlah dia interview aku beli apa, beli camana. hehe.. yang hantar tu pun kesian gak, time buka masih duk hantar barang orang. Oklah diorang.. ada lah beberapa barang yang dah habis, dia tak dapatlah hantar. Contoh, gula icing, gula castor. haaa tu semua stok aku nak balun buat kuih raya tu. huhu.. baby oil pun tak de. pastu, ada barang yang aku order contoh minyak masak SAJI, daging cincang Ramley tak de, dia ganti dengan minyak masak Alif dan daging Azmi. Aku jenis boleh lah, asalkan ada.. kalau kita tak nak terima barang yang dia ganti tu pun tak pe. tapi aku semua terima.. hehe

nampak kepala aqil? semua sibuk nak keluar tau..
 
Pastu, bayar pakai kad debit/kad atm tu.. kalau ikut bajet aku masa beli dalam talian tu, dalam 100++, dah tu ada a few barang yang tak de, jadi RM 80++ je.. memang senang lah beli online. jimat masa. kecualilah kalau kita memang nak keluar jalan2 ke, bolehlah beli direct kat tesco kan. ni ntah zaman bila aku nak keluar, barang pulak dah makin lama makin susut.. terpaksalah online saje.. tapi, kalau tak silap aku lah kan, dia kata macam ni. Kalau korang beli semalam harga promosi, tapi hantar hari ni, dia takkan jadi harga promosi dah, dia jadi harga biasa andai kata promosi tu habis semalam.. dan sebaliknya lah, kalau semalam tak promosi, hari hantar tu promosi, maka korang akan dapat harga promosi tu.. kalau tak salah aku lah cam tulah kekdahnya..

antara barang dapur yang aku beli. barang kering je dan sedikit tomato dan capsicum. benda2 yang kena timbang gram ni aku tak reti agak sikit. sekali tu, amik ko capsicum 3 biji, nak buat apalah banyak2 tu, nak wat spageti pakai sebiji je. huhu

ni senarai barang yang aku beli.. dalam klik2 tu, panjang jugak hasilnya

Driver lori tu cakap, ramai orang guna service ni.. hmm orang pun malas dah nak kuar beli barang dapur ek bersesak2.. senang hantar rumah macam ni. aku pun kalau hasben tak de rumah dan anak2 payah nak kelek, aku online je.. tapi tu lah, kadang barang tu ada dan tak de. tapi cara macam ni senang kita nak bajet nak beli apa. cer kalau pegi tesco tu, yang tak penting pun terambik sekali kan... korang cubalah kalau agak2 malas keluar rumah kan..

hmm oklah.. bye. wassalam.. 


2 comments:

Allene said...

menarik.. nak try la... =D

Ada said...

wah syoknye shopping brg2 dapur online..jimat masa,tenaga n minyak kete.charge penghantaran brape RM?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails