Monday, August 19, 2013

birthday anak buah, affan

Assalamualaikum..

Salam hari Isnin.. diriku di dalam blues hari ni. Tadi pagi bangun sahur, tidur balik then terlajak bangun. so hari ni lewat sikit masuk keje 8.03 minit.  Punyalah mengantuk pagi ni. tergolek2 atas meja ni.. pastu hujan pulak tu kan.. lagi lah.. Alhamdulillah hujan lebat. i like :-) Kain baju semua yang telah kena tempias semalam, dah siap2 angkat pagi tadi.. jemur dalam rumah pulak, sebab rumah belakang buat renovation, so berhabuk lah belakang rumah tu kan..

Ok, let's story our hectic weekend. yeay, 2 hari semalam dapat beraya :-) hari sabtu tu pegi klang, besday anak sedara yang bambam iaitu amil affan yang ke tiga tahun.. HAPPY BIRTHDAY AFFAN. SEMOGA JADI ANAK YANG SOLEH.. MAK TEH SAYANG AFFAN :-)

Mama dan ayah pun datang. kebetulan hari ahad sepupu ku bertunang kan.. amik kesempatan lah. Satu malam je ayah mama tidur rumah ku. bawa ketam nipah 9 kilo. best wooo isi tebal.. sebab dah mewah dengan ketam kan, makan ratah goreng kunyit je. sodap. nenek dan pak usu pun ada.. ketam tu bahagi dua dengan kak long. murah ayah beli dengan kawan dia, sekilo RM 15.. tak dapat harga tu kalau di pasaran..

ketam nipah goreng kunyit. makan sampai tebal bibir :-p

mee goreng basah.. sedap pulak. weekend ni je 2 kg kot aku masak mee goreng ni jamu sedara mara yang datang mengejut. oklah kan.. sedap tau. hehe...

So, pagi sabtu tu ayah mama gerak dulu lah. aku tinggal bertiga je, aqil dah ikut atok dia jalan.. hailah budak tu, sibuk nak pegi rumah Aiman rumah Aiman.. pegilah ikut atok tu. tinggal lah anak ibu aisyah sorang. jom golek2 bertiga :-p sementara tu, aku kemas2 rumah, siap2 nak pegi open house jiran. makan laksa dan nasi berlauk.. ada ABC. hmm sedap pulak bila terbayang tengah2 puasa ni kan..

Pastu, bertolaklah pegi Klang. please lah, bulan2 raya hujung minggu ni kan, beratur je kereta atas jalan especially MRR 2... hasben aku cari jalan lainlah kan.. sampai rumah kak long dah pukul 3. terus je potong kek, tunggu aisyah rupanya. tak ramai pun jemputan, jiran2 dan adik beradik je lah.. makan laksa juga.. side dish adalah like pulut etc.. hasben aku tak sihat pulak, sebu perut katanya... so baliklah kita pukul 5 tu kan. melalak aqil tak nak balik.. tengah syok main kena balik pulakkan. nak buat camana. kalau tinggal jadi drama swasta tengah2 malam pulak kan.. ok2, jom tengok gambar birthday boy..

the birthday cake. spiderman

little aisyah with mak ida

ha.. shawl tuala aku :-p mengarok sekali aku pakai shawl. tu mama bagi, dia beli kat mekah. teringin pulak nak pakai shawl kan. sekali tu, serabai je.. laterlah boleh try :-p

dijah my bff pun datang. kebetulan masa kat kluang tu dia datang beraya, aku jemput la sekali. padahal bukan majlis aku kan. haha.. duk shah alam, kira dekatlah kan nak datang klang. tu baby sufi yang montel tu, geram betul. memang sedap kena gomol..

dah jom balik ibu :-) 

Balik rumah sampai pukul 8 malam lepas hantar nenek pegi rumah anaknya kat gombak.. terlepas satu rumah, rumah mak sedara husband. kawan tu tak sedap perut dan sejuk2 badan. ntah salah makan apa ntah. ketam ke. tapi kitorang alhamdulillah makan tak de apa2 pulak.. Jadi malam tu, lepak2 kat rumah siapkan badan untuk hari ahad berikut :-)

Okeylah nanti kita sambung lagi ye. bye. wassalam


6 comments:

~MommyAida~ said...

hihihi..takpe..nanti dah pandai pakai shawl, confirm cantik n selesa..Beraya sakannya..best!!dapat makan yang best2, lagilah heaven kan..hihihi

Nurulhuda Abdul Latip said...

Lama tak makan ketam, dan mi basah awak tu nampak menarik la..:)

Chot said...

Kalau tgk ketam mmg x menahan

Suliana said...

dpt mkn macam2 tu yg best tu. hehe

Suliana said...

ni pun ayah yg bawakandari kluang :-) mee tu agak sedap lah. haha

Suliana said...

Chot peminat ketam jugak ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails