Friday, August 16, 2013

bilik baru

Assalamualaikum..

Salam Jumaat kawan2.. tak sangka dah Jumaat ye hari ni :-p Semalam baru rasa macam tak de mood nak buat kerja. Now, mood dah okey. hehe.. hari ni bermulalah fasa baru dalam hidupku di mana aku akan berdikari dengan sendirinya menjalankan tugas.. Partner in crime dah selamat ke tempat bertugas yang baru. Jadi, kita dah masuk dalam bilik dah. hehe.. dapat duk bilik uols :-D

Jadi pagi ni sessi mengemas bilik kerja.. hmm.. sebelum ni, orang lelaki yang duduk. faham2 je lah kaum adam ni, kalau tinggal bilik kerja tu amboi bukan main lenggang kangkung deme pindah ye.. semua ada lagi. katanya dia dah tak mo dah benda2 tu. hmmm.. terpaksalah aku yang mengemasnya.. tak selera mak. Jadi dah siaplah sikit2 kemas2, lap2 meja. tinggal nak suruh cleaner vakum carpet je..

Kalau time aku pindah dulu, memang clear je lah. yang mana aku nak buang, aku buang siap2. senang orang baru masuk nanti kan. tapi tak pelah.. kat bahagian sini tak boleh nak bersih2 pun, memang semak je dengan dokumen2 berlambak. cukuplah part personel dengan atas meja aku ni tersusun.. 

Siap bawa febreeze lagi angkut dari rumah :-) faham2 je lah, kalau dah nama kaum adam yang duduk, macam2 bau ada. haha. jangan marah ye kaum adam.. minggu depan aku nak bawa benda wangi2 sikit. barulah ada aura positif gitu.. beria kan, sekali dapat keje hampeh tak reti nak buat.. kuikuikui.. tak pe2, tu slow2 boleh belajar kennnn :-)

Jadi, selamat bekerja lah dengan suasana baru :-) duduk lah kau di situ selama 3 tahun. kot lah kan 3 tahun.. sekali tu sekejap je, sekali tu berkurun 5 tahun, sape tahu kan. ok bye wassalam..

6 comments:

Masya said...

beruahnya dapat blik khas... semangat² aura positif itu penting hihihihihi

Ena said...

Assalam..

Ampang dok kat mana ek? kita pun dok ampang juga.. eheheh.. tak pe la.. saje je nak bgtahu.. ramah la kononnya ni kan.. ramah di alam maya.. mana tahu kot2 leh p beraya.. eh! memg tak malu offer diri sendiri.. kikiki.. rasanya keje dulu bawah KPKK kan? ker salah?? adesss!! kata orang malu bertanya sesat jalan.. so, sebelum sesat kita tanya dulu la.. hehehe

Suliana said...

tak delah khas sangat. haha

Suliana said...

duk kat are ahospital ampang :-) tak delah wak, kita tak pernah keje KPKK. pelanduk dua serupa kot. hehe...

mama maman aka yana said...

selamat hari raya.. kerja sekuatnya tau.. hehe

nabila zaremi said...

waa..bilik baru semangat baru iye tak??

Selamat bekerja dengan bilik baru..hehe ntah apa2 punya ayat lah kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails