Friday, August 16, 2013

bergaya di hari raya - OOTD

Assalamualaikum..

Beginilah kita bila tak de apa nak buat waktu lunch ni yek. acik puasa lagi, day 2 puasa ganti :-p masa yang terluang ni aku install photoscape nak buat watermark kat semua gambar dalam blog ni. dulu aku install picasa tapi kali ni tak dapat pulak. dah cuba install, jadi tapi dia kuar icon apa ntah macam error, terus uninstall balik, install lah photoscape ni.. tq pada kak fillani aku baca blog dia lah baru tahu software apa lagi boleh pakai untuk watermark ni..

So di tengahari yang syahdu ni (sebab tak gi mana2 lah syahdu nya nih.. huhu), marilah kita menayang baju raya apa yang kita dan anak beranak pakai masa raya hari tu. kata kak jemah akak viruspadu OOTD = outfit of the day gitu. actually takdelah gempak mana kan baju raya. haha. tapi tak pelah, nak share kan :-)

baju hari raya pertama. baju ni dah dipakai masa wedding adik aku.. samalah dengan budak kenit tu. nasib muat lagi. hehe. baju aku beli siap.. banyak jual merata2..

baju ni kain beli kat jalan TAR, murah je kot RM 50 kalau tak silap. dan baju nilah aku rasa paling cun. muahaha.. baju kurung moden kain kembang apa nama ntah. baju ni ada lining. kos untuk baju ni je saje dah RM 120 sebab lining kan, kain 50 hengget je.. hoi. nasib sedap pakai.. blink2 labuci jugak.. tapi agak payah juga baju ni nak breasfeed, ketat sikit compare dengan baju kurung kan.. handbag pulak hadiah perpisahan dari kawan2. miss u frens :-) oh, baju encik suami jangan lupa pulak, seperti biasa t-shirtlah dengan jeans.. baju t shirt paling mahal dalam sejarah hidup kami dan mungkin hidup dia juga >_< tak pelah setahun sekali. penat lelah bekerja, silakan...

ni pulak baju hari raya keempat kot.. baju kebaya yang nyonya jahit mahal gilos tu.. tapi kebaya dia buat tak sedap!! tapi sebab dah ada kan, pakai je lah.. kain biasa2 je mama bagi, tapi nyonya tu kata su-te-la maaa..  susah mahu jahit. banyaklah sutera.. ketiak besar, leher labuh, terpaksa pakai brooch, kot2 menunduk seksi ke dalam ke kan. huhu

adik kenit pakai gaun! omei angat ia... sedap kain dia, cotton kan. tapi spoilnya rambut tarak lah anak ibu ni. macam boboi pakai skirt je. hehe. kasut pulak pengasuh dia bagi, recycle anak sedara dia punya. aisyah suka pakai kasut ni.. dah pandai cari kasut pagi2 nak gi rumah pengasuh. hehe..

yang ni baju raya tapi pakai masa gi jusco hari tu.. seluar labuh, tapi tak pe dik, boleh lipat, pakai untuk jangka masa panjang. hehe.. kan dah macam boboi tu. tapi tak pe, cover dengan kasut girl, tu lah kasut raya dia. kilat2 ada bunga2. hehe..

hehe.. lentok sangat dia.. mini skirt pakai kat rumah tok ma. sian budak2 ni, pakai baju raya tapi duduk rumah je.. actually baju raya budak2 ni ada lagi sepasang sorang yang tak berpakai. bukanlah banyak mana pun, tapi sebab tak beraya kan, perap dulu lah.. hehe. weekend ni kita beraya okeh :-) ibu pun ada lagi baju raya yang belum pakai :-)

ok ni aqil pulak.. baju ni sweet kaler dia tapi besar sikit untuk aqil. saiz dah sama dengan umur, tapi sebab dia kecik, jadilah gedabak baju tu..  

Tahun ni kebanyakkan tudung aku pakai Aidijuma. best!!! tak jarang sangat seperti bawal asli, besar dan corak2 yang menarik. lagi, tudung dia boleh digayakan dari pelbagai arah. chewahh.. kira matchinglah dengan pelbagai baju :-) ok dah tu je lah.. cerita raya aku kali ni banyak sangkut2. tengok mood ye :-) ok bye. wassalam.. 



1 comment:

~MommyAida~ said...

Wahh cantik-cantik semua baju Sue..kaler pon mengancam!baju budak2 pon sama...tapi samalah dengan anak2 aida..ade baju raya pon tak sempat pakai lagi sebab tak pergi memana kan..tunggu open house la nanti..hihihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails