Wednesday, July 3, 2013

Sepagi di Boh Tea Centre Sungei Palas

Assalamualaikum..

Entry tertunda :-)  Sesiapa yang berhajat pergi ke Cameron Highlands, amatlah disarankan pergi ke ladang boh ni. cantik sangat pemandangannya. masa aku pergi tahun lepas, kami tak singgah ladang boh ni.. padat masa tu.. yang nampak Bharat Tea je tepi jalan, tu pun padat dengan orang, jadi tak jadi singgah. Now, ada peluang, mari kita singgah dan tengok keindahan alam ciptaan Allah..

Kami pergi pagi2. lepas breakfast di hotel, beraraklah kami ke sana. Tak tahu jalan sebenarnya, tapi bergantung pada Garmin dan juga map orang hotel bagi. Actually senang je, nampak bee farm bertentangan jalan, terus belok kiri. Kalau dari Equatorial hotel ke simpang masuk ladang, 1.4km je, nak masuk dalam tu 3.5km.. Jalannya memang sempit, berliku.. memang satu kereta je boleh masuk. Kami ikut bontot bas je. rupanya bas2 kat situ memang otai.. bas sekolah bawa pelancong.. jangan cuba2 nak potong bas tu, sebab dia lebih tahu apa di hadapannya. hehe. macam kitorang kena marah dengan uncle bas tu, sebab ingatkan dia nak berenti, rupanya nak kasi jalan pemandu dari arah bertentangan. 

Nak masuk jalan ladang ni, kena tolak ansur. apa2 kasi bas lepas dulu:-) Sampai2 je dalam pukul 9 pagi kalau tak silap. ladang buka pukul 830 pagi.. Cuaca sejuk sangat. kami park di kawasan yang disediakan. terpaksa menapak jauh juga nak naik atas. kalau naik bas sekolah, memang terus dia bawa ke restoran yang cantik tu.. Jom tengok gambar, aku selit2 sikit cerita ye :-P
bau teh yang segar dari ladang

gwiyomi adik dan ibu

feeling nora elena. haha.. orang kata diorang buat pengambaran kat sini. 

ni lah jalan yang kami terpaksa redah. mengah jugak okeh. tangga dia pun bukan betul sangat.. dalam tak cuti sekolah tu pun ramai orang jugak.

kami berempat. suruh orang amikkan gambar

ni suruh adik sekolah amikkan.. actually ada kilang dan bilik tunjuk proses pembuatan teh. tapi aku malas nak masuk. haha. nak bergambar je lebih kat sini..

ole2 untuk family.. aqil sempat rembat buku mewarna tea boh :-) 


ni kat restoran yang femes tu. satu2 nya restoran kat atas ni. sejuk sangat waktu pagi ni. gigil aku tau. hasben aku tak pakai sweater, lagi lah, tahan sejuk je..

ni yang kitorang makan pagi tu. beratur panjang.. penuh orang. mujur datang awal pagi. kalau tak, memang tak de tempat nak bersantai. siap ada pengantin chinese bergambar atas ni. berkemban je, tak sejuk ke amoi.. food kat sini sedap jugalah. aku pun tak tahu nak amik apa, ni hasben yang amikkan. sedap roti yang ada coklat tu. kek tu biasa2 je lah.. air teh panas pun kejap je dah sejuk..

budak kecik ni lah yang buat hal sendiri. ajak bergambar tak nak, boleh dia tanggal sweater dia.. dah lah sejuk. sibuk nak main game.. rata2 orang yang datang kat sini semua sakan bergambar. hehe

Ok, kitorang pun bila dah puas ronda2 atas tu, cepat2 lah nak balik, sebab nak check out kul 12 nanti.. tapi sebelum check out tu kitorang pegi Raju's Strawberry Hill dulu. beli strawberry petik sendiri kan.. fresh.. later kalau rajin nanti aku cerita ye. hehe. ok bye. wassalam...


1 comment:

Masya said...

hohohoho besnyaaaaaaaaa dapat naik ladang teh boh sg palas ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails