Monday, July 8, 2013

sebelum ramadhan..

Assalamualaikum..

Salam hari Isnin. Lusa bulan Ramadhan insya-Allah akan kembali. Semoga dipanjang umur bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini.. Sempena nak menyambut ramadhan ni kan, banyaklah aktiviti ku yang perlu disettlekan. dah masuk bulan ramadhan kalau boleh nak concentrate dengan amal ibadah je.. Insya-Allah. 

Jadi, first step, pegi soping baju raya. macam tak kena je dengan azam di atas :-p alhamdulillah dah settle. hehe. hari2 lain leh cuci mata je.. pegi sogo kan hari Jumaat hari tu. masya-Allah ramainya orang. as expected lah kan. pegi pukul 9 balik opis pukul 2.30 siap redeem sume.. Hari tu, untuk baju anak2 tak lebih bajet. yeay, soping sakan okeh, mesti cepat2 sebelum waktu lunch, sebab kalau dah lunch, lagi ramai orang panjang beraturnya.. Anak2 dapat lah sorang 3-4 pasang. ibu dapat bedak baru. woot woot woot.. berbulu je apak dia tengok. kekeke.

Then, hari sabtu pulak.. aku upah orang tolong bersih rumah. ni pun last minit cari ni. dapat budak muda lagi, umur 28 tahun.. baru renew permit dan baru melahirkan anak. jadi datang balik Malaysia nak cari kerja lah kan. aku ni cepat kesian kat orang. tu pun jiran rekemen. takut juga nak amik orang yang tak dikenali ni kan. tapi, oklah, dapat tolong ringankan beban sikit. hasben aku tak de hari sabtu tu. dia datang pukul 9 habis keje pukul 3, 6 jam aku bagi RM50. sejam RM 10, tapi dia kasi diskon gitu :-p aku nak kasi lebih tapi macam ada benda tak capai expectation, aku kasi ngam2 je lah. huhu..

Dari pemerhatian ku, memang patutlah aku tak de maid, sebab aku agak cerewet sikit. first. setakat ni memang tak nak maid, lebih rela bayar mahal kat orang, tak de privacy. second sebab aku ni fussy sikit. lepas dia buat kerja semalam, aku siap tonggeng2 bawah kerusi meja semua, hmm macam ada benda tak bersih. aku selet jari kat grill hmm habuk lagi. apa ekau buek ni berejam.. tak sampai expectation lah. sebelum dia balik, aku suruh dia buat juga apa yang tinggal2 tu. tu pun bilik air ada tertinggal satu tak basuh. ke dia tak perasan ada bilik air kat situ. dia lap2 kabinet, dapur, toilet, sapu rumah, mop lantai, simbah sliding, lap tingkap dapur. sawang je dia tak bersihkan. 

Tak pelah. at least ada lah benda yang aku nak buat tak buat2 dah dibuat.. boleh lah nak panggil lagi, cuma kena cakap betul2. aku keluarkan semua pencuci lantai- AJAX, jamban - mr muscle, pencuci dapur - CIF, tapi satu je dia pakai, CIF je, untuk semua.. pastu, dah lama sangat dia buat kat bahagian bawah, aku settlekan lipat kain. sampai tertidur2 aku sambil susukan aisyah. Aqil yang tolong jaga :-p sebelum dia datang tu, hasben dah nyorok2 dah barang2 yang dikira berharga. better paranoid sebelum terlambat.

Sebelum dia balik, dia pesan, kalau ada kawan2 nak pakai orang, boleh contact dia. memang dia perlukan kerja. tapi area ampang je lah kot, kalau korang nak pakai, kena amik lah dia kat mana2.. orangnya baik.. tapi kerjanya kena pantau, kena cakap itu ini. gitu..

Then, siap semua dalam pukul 3, lepas maghrib kitorang berangkat pergi PD pulak. event opis hasben.. maka, berseronoklah kami di sana. aqil lah yang seronok, leh mandi kolam. later will update the story yeah.. Hari ni masuk kerja nak settlekan urusan nak pindah ni. nak kemas2 barang je. ke nak buang terus. ehehe. malas aku nak angkut barang banyak2.. nak lenggang kangkung je.. transfer2 data ke external hardisk tapi tak bawa pulak.. banyak personal pic je dlm pc ni :-p

Oklah. bye. wassalam.. 


2 comments:

nor_farihan said...

salam ramadhan untuk kak su dan famili :)

Suliana said...

terima kasih nor farihan. selamat berpuasa juga. :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails