Monday, July 22, 2013

random story on weekend :-)

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan hari ke 13 :-) Apa khabar uols.. kami semua Alhamdulillah sihat walafiat.. Hari ni pergi kerja dengan semangat baru. berkobar2 katanya. tak delah kobar sangat. hee.. Cuti raya sudah pun dipohon. kita cuti dari 6 -14 hb.. tu yang happy tu. tu baru apply okey, belum disokong dan diluluskan lagi :-p tapi biasanya kalau kerja goment ni ok je kot... lebih2 lagi aku kat tempat baru ni kan, macam cuak jugalah nak cuti lama2.. kalau ikutkan aku nak lajak sampai Jumaat tu, tapi staff yang akan aku gantikan tu last day khamis.. jadi, terpaksalah aku datang opis kot2 lah dia nak pesan apa2 ke kan.. baki cuti lepas tolak cuti raya banyak lagi, ada 20 hari lagi.. :-)

Okey, cerita last weekend. kitorang buka kat rumah sendiri je. tak pegi mana2 pun.. keluar rumah tu pun pegi tapau nasi arab kat hadramawt kat jalan Ampang. ha, itu jelah kejenya.. actually berpuasa semasa hujung minggu aku rasa best pulak. macam kita ada banyak masa.. keje aku duk membasuh itu ini jelah. haha.. rajin benar membasuh kain. comforter pun aku basuh, sumbat2 dalam mesin 6.8kg tu, berjaya. pasni rosak boleh beli mesin lagi besar :-p puas hati membasuh jemur pulak, panas terikkan.. pastu siap sebakul je lipat kain yang minggu lepas punya.. yang basuh semalam tak lipat lagi :-(

pic hari ahad petang. nak gi tapau je pun. ingatkan dapatlah pegi carefour jap, tapi lambat pulak siap nasi arab tu. terus balik rumah. sian anak2, main dalam rumah je. tu pun dah banyak kali kena marah dan jentik sebab tak dengar kata.. Aqil yang banyak kena sebab dia suka main bola sepak kuat2. masuk dalam pinggan. anak lelaki kan, nakal dia lain sikit. marah - nangis - diam kejap - buat balik.. penat dah marah..

nasi arab menu petang semalam. lamb mandy dan chicken mandy. dua2 sedap.. suka diingatkan hadramawt kat jalan ampang tu lain tau dua2 kedai. satu wadi hadramawt yang masuk Majalah 3 tu, kami pun dah dua kali pergi, satu lagi yang dekat dengan flyover. lain tokei. so don't get confuse okey. tapi dua2 sedap..

puding kastad with cocktail.. resepi boleh refer kat entri yang popular tu belah kiri side bar :-0

ni menu hari sabtu.. banyak pulak. sekali jiran belakang kasi mee hoon hailam, tambah lagi menu :-)

Semalam, hasben aku pulak duk tanya je, tak nak kuar mana2 ke.. eh terbalik pulak. Mentang2 dia dah tak pakai kad kredit, saje je jolok aku kan. hehe.. aku malas nak kuar mana2 nanti duit terbang. duit tu tak delah banyak pun, tapi kad kredit ada kan. koser aku, kang beli2 sendiri tanggung. gaji belum dapat lagi. Pastu aku dah sibuk google2 kuih raya.. bahan dah ada, tinggal nak cari acuan pulak.. aku ingat nak buat tat nenas. tapi tak mendapat sokongan pulak.. laterlah, banyak lagi masa nak buat kuih raya kan :-) last2 puasa nanti nak buat kek pulak kawan tempah dan nak buat untuk family jugak..

Hmm tu je lah cerita nak share hari ni. bye.. wassalam..


2 comments:

Nur Hasyimah Mahasan said...

Sama la ngan diorg kat umah tu...weekend tak kuar pun....just kuar ahad pagi jap..cari lauk...en hubby lak bz ngan keja lak...7 hari seminggu keja..huhu....

Nampk sedap je nasi arab....nyum nyum

~MommyAida~ said...

huhuhu..nasi arab tu nampak sedap..kuih raya?adoi..tahun ni beli je..sebab beli lagi murah dari buat..hahah..boleh pulak cenggitu..huhuh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails