Friday, July 12, 2013

random story on 3rd day ramadhan

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat.. hari ni aku baru first day nak puasa, insya-Allah :-) tadi pagi terbangun pukul 5.21 pagi. haa.. terus terlompat bangun. sempat goreng telur dadar je.. air pun dapat 2 gelas je air zamzam. kurma dan air nestum plus esp pun tak sempat buat.. jadi, aku berharap, petang ni aku masih ada tenaga untuk memasak :-)

Actually, ofis takde internet dari petang semalam. so keje tak jalan. yang berjalan adalah kerja-kerja mengemas aku di hari2 terakhir berada di sini.. terima kasih kawan2 ku yang sudi menghantar barang2 aku tiga kotak balik rumah. aku kan naik motor, camana nak bawa naik motor barang2 tu kan. alang2 diorang nak gi tupperware kat rumah, aku minta lah tumpang sekali..

Ni masih ada lagi sikit2 barang. buku-buku dan nota kursus yang tebal2 tu dah selamat hantar balik. tinggal just aksesori je lah kat opis. pc pun aku dah siap clearkan yang mana personal picture aku yang 20G tu :-) kuang kuang kuang. banyak gile gambar sampai mencecah 20 G okeh. nasib bawa externa1 hardisk ada 100 lebih G kalau tak silap.. so kerja2 transfer alhamdulilah settle. yang tinggal adalah fail kerja saje di pc :-) 

Ok tu je lah nak share. hari ni kitorang ada projek bubur lambuk :-) masing2 dah bawa bahan sorang sikit. jumaat kan waktu rehat panjang kan. boleh lah main masak2.. kalau tak puasa boleh makan dulu :-) okeylah till then.. bye. wassalam

2 comments:

umifariswafiq said...

seronoknye dpt maen masak2 kt opis hehe :)
slmt bertukar kak sue.. mmg sedih tp mesti ditempuhi kan? all da best kak sue :)

~MommyAida~ said...

Selamat berpuasa Sue..semoga ada tenaga nak masak karang ye..hihihih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails