Wednesday, July 17, 2013

random story day 8 of ramadhan

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. hari ni aku naik lrt pegi keje. hmm boleh tahan juga ramai orang tapi masih boleh masuk cari space :-) lepas ni aku bergelar pengguna setia lrt. hehe.. hasben hantar sampai lrt je then dia pegi keje naik motor aku naik train. oklah, not bad juga. kejap je tak sampai 10 minit dah sampai ke destinasi. pastu tambah lagi 5 minit jalan kaki masuk opis. tadi sempat punch pukul 7.42 kalau tak salah. dan jam dia cepat 3 minit okeh.. untuk opis baru ni kita pakai thumb print. kalau lambat, lambatlah. tak de nya nak suruh orang punch kan ke apa. kalau kat opis lama pakai access card..ok juga tapi thumb print lagi best, baru lah tahu kejujuran masing2 kan. takkan nak buat jari palsu pulak kan nak suruh kawan tap kan :-)

Pagi ni pulak, aku ingatkan ada mesyuarat pengurusan. Rupanya Jumaat.. cis silap hari pulak.. dah jumpa dengan bos dah pagi ni sebelum dia pegi meeting.. hehe, oklah baik kot setakat ni. alhamdulillah. dan dia pun faham aku masih baru dan slow2 kasi aku kerja yang mudah2 dululah :-D lega mak..

Eh macam dah lama tak cerita pasal budak ni.. aisyah humairah.. dah 19 bulan = 1 tahun 7 bulan.. aktiviti sekarang dia suka panjat kerusi. dah macam anak jantan gayanya. rambut pulak tak berapa nak ada.. nanti pakai baju gaun dah rupa boboi dah tapi pakai gaun.. cakap terbalik, nak naik kerusi dia kata nak turun. pandai dah panjat kerusi meja makan sendiri, nak duduk sendiri macam orang besar. aku takut tergolek je.. haa.. sape yang susah nanti.. ni baru baik demam. alhamdulillah, demam tak teruk.. suka tengok upin ipin. kalau nak masak tu, buka je yang record punya. terus diam baring..

Timbang hari Isnin kelmarin dah naik dari 8.3 kepada 8.65kg. tapi masih dalam line kuning..pastu check up dia seterusnya bulan 9 nanti. yeay, tak payah dah datang klinik selalu :-) makan kena jaga betul2 budak ni. dia suka makan apa yang aku makan. contoh, tulang ikan dan tulang ayam. dia suka nak amik apa ibu dia dah makan. tulang ayam boleh lah bagi yang peha tu kan buat main2 hisap, kalau tulang ikan bahaya woo.. lately pengasuh dia cakap kuat susu.. aku bagi susu perah tu 4 botol je. tapi tu pun ada yang 3 oz ada yang 4 oz.. tak cukup katanya. sekarang ni pulak bulan puasa, dan dia pun dah besar. susu dapat dalam 12-15 oz je.. 3 botol lah kiranya penuh. aku kena amik stok beku setiap hari sebotol. lama2 kering gak susu aku tu kan, duk amik je.. botol kosong pun dah berlambak tidak diisi. tak pelah, aku rasa tak lama lagi aku nak campur susu.. takut dia je tak nak.. memilih budak ni. huhu..

Suka nak makan sendiri. tak suka tau, berkecah.. pandai berebut barang.. habis lah aqil menangis. haha.. aqil pandai mengalah juga tapi kadang tu kalau dia rasa dia punya dia rebut gak..satu lagi budak ni suka tutup tv. sabo je lah. tu yang aqil angin tu..tengah sedap2 tengok tom & jerry tup dia datang tutup tv. hehe.. ibu pun pening ramai no datang mengadu..

anak dara ibu ni :-) tengah mengacau orang nak berbuka. macam nilah ada anak kecik, makan macam tak puas. huhu..

Oklah. nanti petang aku kasi menu semalam eh, apa yang aku buka :-) kang pagi2 kasi takut korang terliur plak. kuangkuangkuang.. bye. wassalam





9 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Selamat Berpuasa..Harap awk ok di tempat kerja baru yea..

Nur Hasyimah Mahasan said...

Selamat bekerja kat tempat baru....hopefully everything ok....
Aisyah n aqil ni sama jer ngan budak berdua kat umah tu....si adik suka ambik barang abang...mujur abang boleh mengalah...
Kita time puasa ni b4 berbuka mest bagi makan diorg berdua dulu...bila berbuka senang skit diorg tak kacau...hehe

Suliana said...

slmt berpuasa juga huda.. tq :-)

Suliana said...

tq syima.. su waktu buka je baru duduk kat meja sbb ngam2 habis masak. hehe.. klu suap pun, mesti datang gak nak panjat meja. nak tengok apa orang buat atas meja tu. huhu

~MommyAida~ said...

hihih..lawak je Aisyah ni..suka nyakat abg ye?semoga terus membesar dengan sihat dan kuat!tak lama lagi dah dua tahun kan, boleh dah kot kalau nk campur susu, kalau susu tak cukup la...

Suliana said...

hmm susu ada lagi tapi sebab dia kuat susu kan, sebagai minuman tambahan gituw. :-)

Syahada Ahmad said...

pasal thumb-print tu ade je cara nk mengelak sue. hehe
tp x baik, nanti x berkat. hehe
klu nk tahu sbagai pengetahuan umum (gituuu) boleh la pm ai yeee. ekeke

sket nye aisyah minum susu sue? aqeela tu pun kecik, tp kan minum susu ngalahkan kakak dia. kalah sket la, sha selalu buatkan 10oz untuk dedua, adik akan abis dulu, kakak kadang abis kadang x.
2 jam selepas, mesti nk lagi, itupun klu x makan la. total sehari average 6-7 kali termasuk time tido. Tapi badan macam tu je. hahaha.
Takpe lah asal sehat. Mami geram tgok anak penakut nk jalan. sbb banyak beli gaun utk raya. hahaha.Sabo je lah..

Sue bagus, selalu bawak anak pegi klinik untuk cek, timbang, walaupun dah abis jadual hak dia tetapkan tu.

btw, selamat bekerja lah ditempat baru ye. kalau dekat boleh lah balik jenguk anak. ekekeke.




Syahada Ahmad said...

eh mengelat lah. :p

Suliana said...

anak2 su mmg susu tak kuat. kalau aqil dulu 4-5 btl waktu siang ok dah. mlm bergayut pulak.. susu ibu mana nak kasi 7-8oz sya.. habis lah ibu dia tak de keja lain duk perah je :-p haah, aqil sampai umur 4 tahun bawak gi KK, now dah stop dah sebab kasi mkn ubat cacing je kan.. blh beli sendiri :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails