Tuesday, July 30, 2013

planning raya

Assalamualaikum..

Selamat tengahari semua! tadi, aku pegi site. first site pegi sorang2 sebab member tu malas nak pegi. aku ikutlah engineer pompuan sorang ni.. site kat KL ni semua dekat2, jadi sebelum tengahari aku dah sampai opis balik.. seronok gitu.. Mujur tak de isu yang besar sangat untuk orang baru seperti aku.. yang lebih bestnya, dapat buah tangan berbuka katanya.. 

it's a tupperware with a cake inside..

Ha.. mujur aku tak beli bulan lepas.. sekali tu dapat free.. orang lain semua dah dapat dah. sebab aku baru datang hari ni, jadi merasalah i. hehe.. tupperware tu.. hanya jauhari yang mengenal manikam. cewah.. 

ok, tinggalkan tupperware tersebut. Kisah berbuka semalam. tak de apa yang menarik. tapi aku dah boring makan nasi. Jadi semalam, aku makan maggi goreng je.. lalu gerai sate, beli sate 10 cucuk, tambah lagi nasi lemak sebungkus.. tu jelah yang kami makan semalam. Alhamdulillah.. kenyang.. sebelum tidur, tanak nasi dulu sepot. dan sahur hanya telur goreng mata letak kicap..

Aqil pun bangun pagi tadi. beria dia pun makanlah juga nasi 2 suap.. dia ingatkan tak sekolah.. sian aqil. nantilah ye, minggu depan ibu dah cuti.. tadi, oleh kerana tahap keboringan melampau, lebih2 lagi mood raya sudah mari.. aku sudah up cuti aku satu hari lagi :-) sebelum ni aku apply start cuti hari selasa, sekali tu dengar lagu raya je, aku berubah fikiran. alah, aku cuti je lah isnin tu.. buat habis karen je gosok tudung sehari :-p

Jadinya, minggu ni last aku kerja.. yeaaa... tak sabar nak cuti. project nak buat kuih raya belum start lagi ni.. hari Jumaat ni plan nak pegi Maju Junction beli tudung raya, ingat nak pergi aidijuma je. pastu nak clearkan kupon SOGO.. 

Duit raya pulak, aku dah  kirim kat kawan. Alhamdulillah ada. seperti biasa duit RM 5 tak dapat duit baru.. Susah nak pegi tukar kat sini, tak kenal tempat kan, lagi pun aku tak de kereta nak ronda2 kat area sini. kalau kat opis lama dulu, jalan kaki je dah sampai. semua ada kat situ.. tu je lah kekurangan kerja kat tempat baru ni..  yang lain2, masih boleh handle.. :-)

oklah bye. nak tidur pulak. tapi aku pun tak tahu payah pulak aku tidur kat sini. mata tak lelap, lebih kepada main game, tengok FB. pastu kelip2.. pastu nak pukul 2 karang baru nak layu2. huhu.. ok bye. wassalam..



2 comments:

Lida Rahim said...

dek kerana dpt hadiah tupperware.. tentiba cam nak mintak tukar sana gop hahahhaha

boleh oder kat mail ni gak said...

wah kak su..bestnye dpt tupperware...sy bli kot..haha..baiknye yg bg 2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails