Tuesday, July 2, 2013

people come & go

Assalamualaikum..

Hari ni dapat sesuatu yang menggembirakan.. Akhirnya, setelah 5 tahun berada di cawangan ini, akhirnya dapat emel pemberitahuan pertukaran.. Alhamdulillah. ni bukan tukar naik pangkat, tukar lateral.. selalu kalau P&P memang kena tukar2, tak boleh duk lama2 kat satu tempat tu. Kalau engineer, ikut rules dia 3 tahun sekali diorang dah rotate. tapi qs macam aku ni, kalau tak minta, lama lah duduk kat situ..

Perasaan? happy tapi dalam masa yang sama cuak juga bila akan berada di tempat baru. sejuk jari tangan bila dapat emel pertukaran. surat tukar yang kitorang panggil pink form akan dapat lusa nanti.. berdebar bila berada di tempat baru.. kawan2 kat sini, alhamdulillah ok sangat. biasalah adalah kekurangan masing2. aku ni pun bukanlah baik sangat, mulut laju je.. 

Bila dah lama sangat kat sini, aku nak keluar dari zon selesa ni.. cabaran sangat kan. kita tak tahu apa yang bakal dilalui.. dari segi kerja, dari segi kawan2, suasana tempat kerja..kawan2 kat sini mulalah bising2, nak halau aku cepat2. hampeh betul.. tapi aku tahu, diorang sedih kan pemergianku ini. hahaha.. perasan gitu.. 

dah lama berkawan, dah kenal hati budi masing2 kan. kerja kat tempat aku sekarang ni pun memang tak susah sangat.. tapi sometime pening jugak.. kalau kat tempat baru nanti, semua kena buat sendiri. aku dah riki2 dah kawan kat tempat baru tu.. okay katanya. harap2 mereka akan memberikan kerjasama yang terbaik :-)

Oklah time to go back.. balik ni chit chat dengan hasben pulak. dia dah surender tak mo hantar aku gi keje. lalu jalan chan sow lin tu memang beratur je lah kalau ke tempat kerja. huhu. terpaksa mak naik komuter. cabaran di tempat baru bermula pertengahan bulan puasa ni.. 

ok. bye wassalam.. 

6 comments:

mama maman aka yana said...

jgn risau.. every thing will ok.. hehe

Asyifa Mustaffa said...

tahniah...! moga dipermudahkan smuanya....n slamat bekerja tmpt batu...:-)

umifariswafiq said...

congrats dear sis da dpt tkr tmpt idaman..fiza hrp satu hr ade rezki dpt tkr jkr trg pula.amin..
its ok..smua org cuak first time tkr tmpt br.. lm2 dpt sesuaikan diri..kak sue kan peramah hehe..
cabaran ade di mana2

all the best! ;) chaiyok!

Nur Hasyimah Mahasan said...

Tahniah fren...tempat baru semua akan baru...hopefully everything ok...g keja naik star lrt je..dekat je tu ngan opis

selaseh said...

Saja blog walking. Good luck di tmpt baru nanti.

Nurulhuda Abdul Latip said...

Betul, bila kita dah ada kat zon yang selesa mesti rasa semacam nak keluar kan..Haraplah segalanya ok bagi awak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails