Tuesday, July 23, 2013

motif tunjuk gambar makanan?

Assalamualaikum..

Hai!! haa.. hari ni sibuk sikit.. Pagi tadi pegi site. dah lama tak menjengah ke site. cari feel.. Sedikit sebanyak mengembalikan kenangan 5 tahun dulu.. Oklah, dapatlah membayangkan "oo ini tahu ni, pernah buat dulu" gitu.. Pastu, petang pulak mengadap dokumen tender.. kawan aku tu dah mula pas kerja. jadi sebelum dia blah, baik aku buat cepat2 dan kalau ada apa2 nak tanya time inilah kan.. 

Ok, tinggalkan pasal kerja sekejap. Ni ha.. menu semalam :-p kadang2 aku tertanya2 juga, apa motif kita share gambar makanan ek? bukan bulan pose je, bulan lain pun sama, tapi dalam bulan pose lagi hebat menayang :-p sakit mental ke? haha.. tapi tak pelah, saje suka2 nak tunjuk. at least kasi idea kat korang lah nak masak apa kan. kasi terliur sikit. haa tu niat tak baik tu. kasi orang nampak, "wah bestnya dia masak.. esok boleh lah masak macam ni." gitu.. kalau ada yang rajin, dia share resepi kan.. bagus gitu. ada sesetengah gambar tu, nampak sedap menarik je, tapi yang tahu rasa sebenarnya adalah tukang ambik gambar dan tukang masak tu. hehe..

Macam aku semalam, teringin nak makan ketam. so, pegi kedai, ada pulak ketam. belilah 3 ekor. ringan je ketam tu. tak de isi sangat tapi boleh la. RM 8.00 ++. beli pulak ikan siakap kecik sekor RM 5.00++.. so total berbuka semalam ialah RM 13 tidak termasuk bahan2 lain yang sememangnya dah ada kat rumah.. jimat kan. hehe..

ketam masak lemak cili api. terpedas sikit pakai cili api yang merah tu.. 

geng dia ialah ikan siakap sweet sour. kuah tak campur atas ikan, atas permintaan en suami. tu tangan aqil tu sibuk je makan ikan.. nak ratah lauk je.. habis rompong dah ikan goreng ibu sebelum buka dah kena makan. huhu

Ha.. tu jelah yang kami buka semalam.. sahur makan telur goreng dengan kicap. pun sodap :-) petang ni tak tahu nak masak apa lagi. makan ikan singgang lawan dengan budu pun ok gak ek. lagi pun en suami tak berapa sihat. selsema pulak.. masak sedap2 kang rugi tak leh rasa. hehe. Oklah. till now. bye. wassalam..


1 comment:

ishy77 said...

masak lemak tu nmpak sedap..mesti sedap kan?
motif tunjuk..ermmm..suka2 la kot.
kot..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails