Monday, July 15, 2013

last minit tukang jahit

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan hari keenam.. hari ni masih lagi berkemas2. last touch up. esok di opis baru sudah :-) dalam pada kecik2 barang, dua beg jugalah nak kena angkut. huhu. laterlah angkut.. stationery je pun.. yang lain2 sume dah sedekah kat orang. hehe.. 

Tadi pagi, aku pegi pejabat pos. nak pos kain nak buat baju raya :-) actually baju raya aku dah ada pun, tapi bila dah pakai awal rasa macam eh tak de baju raya lah.. haa.. kan dah nyesal. tapi bukan baju raya pun niatnya dulu, baju kerja. hehe. Kain ada 4 helai, mama kasi dua, sendiri beli satu dan kawan bagi satu.. pos ke kluang nun. ingatkan nak tunggu nuzul quran baru nak kasi tapi nyonya tu kata takut tak sempat. aku suruh adik aku cop dulu kat nyonya tu empat pasang. tu consider baju kerja jugaklah. hehe.


Pening gak pikir nak masuk kotak apa. aku bawalah kotak A4 double A. boleh tahan berat juga kain tu.. takut je kena cas mahal2.. huhu. sampai di post office, dia ada jual kotak pos laju pra bayar. ikut saiz.. aku amik yang 5kg punya RM 20. tu je cas yang dikenakan. timbang2, okey berat kain tu hanya 2.7kg je. siap pos baju contoh sekali.. hope nyonya tu dapat siapkan awal. cewah, bagi lambat nak awal pulak. hehe..

Hmm lepas balik dari pos ofis tu rasa apasal lemah gemalai je ni.. sahur tadi makan roti bakar dengan nestum plus ESP. oh nampak gayanya lepas ni kena makan nasi jugaklah. huhu. bukan apa, semalam malas nak masak untuk sahur sebab kami tapau nasi arab je. kenyang makan tu je lah. pastu siang hari, gigil. hari ni tak tahulah nak buka apa, rasa macam nak makan nasi ayam je. hehe..


Okeylah, need to go. petang ni pukul 3 appointment dengan klinik nak timbang budak underweight tu..  semalam dia demam. sian dia. tapi on off la demamnya. dah lama tak demam kan. patutnya esok tapi aku report duty, takkan nak datang lambat pulak kan... ok bye. wassalam..



4 comments:

lala yusof said...

pic roti yang xthn tu;-) apa2pn salam ramadan

Norhidayu Abdullah said...

baju-baju raya aku pun semua akan jadik baju keje jugak akhirnya. tapi baju tahun ni mcm meria melebih la pulak.. tak sesuai bawak gi keje
takpe..lps raya aku bagi keje kat tailor sekalian (:

Suliana said...

salam ramadhan lala :-) tgk roti pun dah blh terliur tau. hehe

Suliana said...

baguslah baju meriah.. pakai for special event je tak delah jadi baju keje. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails