Monday, July 1, 2013

happy weekend

Assalamualaikum..

Julai kembali lagi :-) Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik. Anak2 pun ok, sihat walafiat :-) bulan ni, cik adik aisyah humairah menginjak ke 1 tahun 7 bulan, lagi 6 hari.. makin banyak kerenah budak kecil ni. tapi karenah yang baik2 saje lah, girlkan.. tak delah nakal sangat :-) boleh bawa diri sendiri. kadang macam tak sangka dia dah pandai buat itu ini.. cuma satu je lah, kalau dia nak nenen, itu memang tak boleh sabar dah. asyik mengekor je kemana ibu dia pegi. kalau time balik kerja tu, kena susukan dia dulu baru boleh masuk dapur.. 

Suka amik gambar. hehe.. kalau kita cakap meh amik gambar, dia pun kata "enyummm" pastu pejam mata bajet comellah tu sambil tunjuk gigi. kalau pakai baju ke, pakai headband ke, dah pandai cakap "antekkk" . hai si cheeky girl ni. geram sangat.. ok tak leh puji lebih2 nanti ayahnya kata berbaur sesuatu.. -_-

terjumpa headband dia. kejap je pakai, nak bergambar je boleh, lama2 no no no.. abaikan pemandangan kain di belakang ye, sedang lipat kain tu :-)

antekk... :-)

ni kaftan pertama tok ma kasi. tok ma baru balik dari Medan. berjalan je lah atok dan tok ma ni ye, dah nak pencen kan.. kitorang lah dapat hasilnya. haha.. dapatlah kain pasang sorang sehelai, ada je buah tangan untuk cucu2 nya. 

ha, rumah mak long pun ada tayangan kain ye. hehe..

ni affan, anak sedara yang paling gebu :-) tengok aisyah kat belakang tu, sapelah amik gambar dia tu, kemain lebar senyum..

Aktiviti hujung minggu pulak. sabtu balik Lenggeng jap, makan pulut dan durian :-) ahad, pegi Klang jumpa tok ma disamping kutip cenderahati ;-p dah lama tak balik Kluang selepas PRU 13 bulan Mei lalu. Insya-Allah nuzul Quran nanti amik cuti dan nak balik kampung :-) lagi pun taska Aqil dah cop awal2 nak cuti on that day. Tarikh tutup taska time raya pun dah tulis dah. 7-14 Ogos..

Balik Lenggeng, ada sepupu aqil. sukalah dia ada kawan. Aqil ni suka berkawan. pegi rumah pengasuh aisyah tak nak balik, nak main je. sabo jelah. sabtu hari tu, bawa dia gi kelas mengaji, bising main lari2 dalam tu. mata aku ni dah nak terjegil keluar dah, tak hairan langsung. sibuk ajak balik. kena lepuk dah berapa kali dah.. malu dengan ustazah & makcik2 masjid. tapi diorang kata tak pe, budak2.. minggu depan jangan tak datang pulak .. ai is malu okeh. Ayahnya tak de, kalau tak, aku memang tinggal kat rumah je lah.

Kalau main kat rumah jiran, ajak kawan2 datang rumah. dengan bangganya "jom pegi rumah aqil, kita ada calciyum" sampai2 rumah, terus buka peti ais, bahagi2 apa yang ada dalam peti tu. sabo je lah budak bertuah ni.. kalau tak de apa dalam peti tu, nanti dia asyik buka peti "aqil nak makan apa ni".. hmm makan je lah nasi nanti ibu masak. tak nak, perut aqil dah nak pecah ni. ada je alasannya..

Gitulah karenah anak2 ku. hari tu dia ikut trip pegi Petrosains rupanya. aku ingat dia pegi pusat islam ke pusat sains. maybe jerebu, cikgu tukar pegi petrosains. dia kata dia suka naik bas. dah tak takut masuk terowong kat petrosains tu.. itu je lah dia cerita. nak korek lebih2 dia tak mo cerita dah. excited aku nak dengar camana trip dia. itu je, suka naik bas je hot story nya..

Ok, tu je cerita kami di hujung minggu. Jumaat ni sanggup amik cuti, nak gi sogo member sale, nak berjuang rebut baju raya anak2. haha. pegi sorang2 je, nak tolong buka pintu SOGO :-p  kalau hari sabtu may be lagi ramai kan, pastu anak2 ku sape nak take over.. betterlah Jumaat je.. ok. bye wassalam..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails