Wednesday, July 31, 2013

Dah cuba Online Shopping Tesco?

Assalamualaikum..

Rest time.. hari ni agak busy sikit but dah settle tunggu bos semak ok ke tak. huhu. dah lama tak balik ke pangkal jalan, now dah berada di landasan yang benar.. huhu.. Setakat hari ni, oklah kot dengan kerja.. sentiasa bersemangat nak memulakan kerja baru tapi agak takut2 manalah tahu kena tanya soalan cepu emas, mana den nak cekau jawapan. takkan main agak2 je kan. ni dah last week member tu kat opis.. banyak lagi tak tahu, terpaksalah tanya senior2 yang ada, semua okey2.. sudi memberi tunjuk ajar. ntah2 menyampah kot abis duk tanya je. hehe.. orang tak kedekut ilmu murah rezeki kan.. :-) amiin..

Ok, korang dah try tak soping online TESCO? semalam, aku saje mencuba beli barang online kat tesco.. kalau korang nak try, boleh la layari website dia http://eshop.tesco.com.my/. Area rumah aku memang dah dekat dengan tesco ampang tu, tapi bulan puasa ni mana sempat nak menyinggah kan. kalau weekend pulak, boleh lah nak pegi tapi beraturnya panjangggggg.. kalau pegi tesco, nanti kena pau dengan aqil macam2.. haha. kena pau pun bukan ibu ayahnya layan sangat.. mana ada kitorang belikan dia mainan kalau lalu tempat mainan tu.. nasib baik aqil jenis yang senang dipujuk. tapi yang paling sukar nak dipujuk kalau lalu kat tempat main tu. berjurai2 air mata nak main. dapat main satu ride ultramen tu pun dah okey. hehe. 

berbalik kepada soping online semalam, Banyak barang yang aku beli tu barang kering je.. Contoh refill dynamo, minyak masak, garam, gula, etc etc... dalam klik tu cecah jugalah RM 100++. Dia ada upah penghantaran RM 10 tau. Pastu, kita boleh booking pukul berapa nak suruh dia hantar kat rumah. cara bayaran pulak menggunakan kad kredit atau kad debit (kad atm tu lah) tapi yang ada logo VISA atau electron.. gitu..

Pandangan peribadiku, ok juga soping online tu, dengan syarat kita tahu barang apa yang kita nak beli, lagi mudah kalau memang dah biasa dengan sesuatu brand tu kan. Kalau nak compare harga, ada yang murah dan ada yang biasa2 je harga dia. Kalau nak harga promosi, pun ada juga. tapi kebanyakkan semalam yang dia tunjuk promosi dah habis tempoh, tak payahlah letak lagi kat ruangan promosi tu kan.. aku cari susu aqil je lah, nampaknya normal price, tak payah belilah kan..

Senanglah beli online ni.. tapi kena amik masa yang tenang untuk membeli belah.. yelah, kena hadap laptop lagi kan, tetiba ada pulak budak kecik nak join sekali.. tak tenang ok mak nak soping nak belek2 apa yang patut.. beli barang yang dah biasa beli dan diyakini halalan toyyiban :-)

So, temujanji kami malam ni, hantar ke rumah. Mudah. beli yang penting2 je dan nak guna dalam masa terdekat. kena register dulu tau dan kena check area rumah korang terlibat ke tidak dengan kawasan diorang..

Ok. selamat.... bye. wassalam

6 comments:

aMiYs said...

kat penang xde lg...
klu x aku pon dh online je...
hehehe...

Lida Rahim said...

akak tak pernah cuba lagi... tapi dah try dah tadi saja2.. syok jugak.. at least kita dah tao rega dia berapa... apakah bila kita pg terus harga adalah sama eks?? td tgk drypers rm30.88 je

Suliana said...

kan.. sonang.. :-)

Suliana said...

hmm yg tu x pasti pulak.. lupa nak bagitahu, kena tgk betul2 juga klu murah tu peket yg brp kpg.. :-)

Ietams said...

wahh sekarang semua di hujung jari eh

boleh oder kat mail ni gak said...

baru tau boleh de khidmat ni..dasat la tesco..;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails