Wednesday, July 24, 2013

blink blink for aisyah

Assalamualaikum..

Hari ni dah 15 hari ramadhan. tak tengok bulan pun semalam. mesti bulan mengambang kan :-) hari ni pegi keje cik abe hantar.. sebab dia cuti, EL tak sihat.. aku pulak lepas subuh tidur balik. bangun2 dah pukul 7.. saje je buat lambat2 kan. hehe.. So semalam time berbuka pun buka biasa2 je ikan singgang, budu dan ikan goreng.. lauk tambahan jiran kasi asam pedas ayam dan kerabu mangga.. boleh bawa waktu sahur.. lauk tambahan waktu sahur adalah telur dadar.. 

Ok ok lupakan kisah makanan :-) nak share juga dengan korang. bukan nak menunjuk ye.. hehe. dah lama berangan nak belikan aisyah barang kemas. tapi berangan je lah, sampailah semalam menjadi kenyataan :-) emas kan mahal, biarlah orang kata emas turun tapi turun2 tu pun baik aku beli benda lainkan. Lagi pun, dia kecik lagi kan, kalau hilang barang kemas tu, mesti ralat gila lah.. 

So, ada akak tu semalam dia jual emas Zhulian. yeay!! actually mak aku pun member zhulian. tapi kalau tak de orang tunjuk barang, kita pun tak terbeli kan. aku tak delah gila emas sangat.. semalam akak tu bawa 3 beg display.. pergh blink2 mata ku.. dah lama tak tengok kan.. aku pun konon nak amik satu rantai tangan tu, ada batu2 merah, comel je.. tapi tak pelah, kasi aisyah dulu.. belikan untuk dia rantai kaki..

Akak tu kasi 10% diskon.. kalau member dapat 18%.. esok dah gaji boleh lah bayar. kalau aku amik rantai tangan tu siap boleh bayar dua kali. tapi tak pelah, sabar su.. tangan kecik tak comel pakai gelang berbatu tu, gerak2. huhu..

yeay.. umpan dia cakap cantik.. RM 157 before diskon. besar tu tapi boleh adjust..

Alhamdulillah, dia nak pakai!! mula2 tu tarik2 juga. anak aku ni pelik sikit. semua tak nak pakai. reben ke apa ke semua tarik.. tapi bila cakap "mana cantik mana cantik", dia tunjuk lah kaki dia :-p yang jam BEN10 tu pun dia tak nak tanggal, tu jam aqil tu.. kalau macam ni, bolehlah beli gelang tangan pulak. hehe.. ada loceng gelang kaki ni. tak pe kot ek, budak kecil lagi kan :-p pastu jalan keceng2 je lah dia.. ayah dia pulak sibuk nak tanggalkan loceng tu. biarlah. barulah kita tahu dia main kat mana.. ni tak, tiba2 je dah naik tangga sampai atas, tiba2 je ada belakang aku, nak dukung. huhu.

So, aku dah praktiskan dah pakai semalam. nak buat dia terbiasa.. nanti kalau dah lebam, boleh lah cuci kan dik :-) ok bye. wassalam..
  

5 comments:

Masya said...

pakai zulian pun okkan.. budak² .. pun nx rimas.. cantiklah sesuai dgn aisyah... kalau lah sy ada anak dara.. nak jugak laramkan macam ni..

~MommyAida~ said...

Comel je gelang kaki dia..hihi..nasib dia nk pkai kan..klo Medina,bunyi loceng tu terus tak boleh tido kira mcm menggangu dia je..huhuhu

e!ya said...

budak2 nieh xleh pkai emas hilang..dah penah jadi kat anak ralat sangat rasenyer..tp zhulian pon ok bling2 jgk kannn..

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

Nur Hasyimah Mahasan said...

Comel jer..irdina ari tu penah beli rantai leher..but dh try dier tak nak pakai...so simpan dulu...tgk la rayer nant nak pujuk dier pakai....gelang kaki tak penah beli coz abahnya tak suker....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails