Wednesday, July 17, 2013

berbuka nasi lemak

Assalamualaikum..

Aku tengah bosan tahap gaban ni. tempat duduk dahlah jauh dari orang, lone ranger betul. Orang borak2 aku dengar je dari jauh. keje pun tak de sangat, adalah satu tapi dateline lambat lagi, boleh lah buat sikit2 kan tapi tak terbuat aku. jadi duduklah terperap kat cubicle ni sorang2.. aku ni memang malas jalan sikit, dah duduk tu kan, duduk je lah sampai petang. jalan gi toilet je. sembang dengan diorang pun masa solat je tadi.. Bagus gak tak banyak bercakap ni, kurang sikit dosa aku :-p tapi lokasi aku ni kat laluan orang. orang lalu aku tengok, dia pun tengok aku, senyum. gitulah kejadiannya setiap kali orang lalu.. :-) sangap aku menunggu waktu balik. huhu.. tak pelah, buat masa sekarang ni memang kena skima sikit kan.. nanti dah banyak keje baru tahu camana rasanya..

Ok, dah petang dah pun kan. mesti korang tercari-cari apa benda nak masak untuk buka ni kan. hehe. samalah macam aku. ada dah idea nak masak apa. hari tu ada beli ikan keli 3 ekor. Hasben dah siap siang kan dah cuci bersih2 dah.. aku tak reti siang ikan sungai ni.. so mungkin ikan keli itu yang akan jadi mangsa gorengan :-p biasa keli ni aku masak goreng garing2 je.. pastu buat sambal merah atau sambal cili api. macam tu je lah. pastu makan lah dengan sayur lain.. itu pun dah cukup. alhamdulillah, hasben tak berapa cerewet bab makan. makan je apa ada. tapi macam semalam, nasi lemak aku macam mentah, muka dah frust dah. yelah, orang puasa kan, tengok lauknya jadi, nasi pulak spoil.. i faham perasaan itu. cewahh..

Tapi tapi tapi, setelah aku adjust2 tambah air sikit, alhamdulillah masak betul nasi tu.. dia kalau santan terlebih, selalu jadi macam tu, nasi akan mentah. kalau mentah tak pe, tambah je air sikit, then biar dia kering.. insya-Allah jadi. kalau nasi terlembik tu memang tak boleh buat apalah kan, jadi bubur je lah.. :-)

aksesori nasi lemak. tambahan ayam goreng segera dan udang goreng kunyit. ayam tu adalah 5 ketul sebenarnya tapi aqil duk meratah sebelum buka tu, terpaksa ibu goreng balik tau. udang pulak dah lama membekukan diri dalam freezer. goreng sekalilah, kang lama2 tak elok pulakkan.. ikan bilis dari Lumut, kirim kat kawan sedap juga. rangup.. timun tu lebihan masak nasi ayam kelmarin. tak teringat nak ambil gambar nasi ayam, dah habis makan baru ingat. hehe.. ada orang takut menggorengkan, aku pun takut juga tapi tak delah sampai fobia.. petang ni kalau jadi goreng ikan keli tu, mesti letup2 punya. petua 1: suruh hasben gorengkan. petua 2 : kalau hasben tak de, lepas letak ikan/ayam tu, tutup dengan tutup periuk lantak ko nak meletup dalam tu. petua ke3: pakai sudip panjang macam batang penyapu balik-balikkan dari jauh. haha.. petua ke4 : masa memasak tu pakailah baju lengan panjang, pakai helmet macam ada satu gambar dalam fb tu. hehe.. 

sambal nasi lemak. sedap juga. cukup rasa. hehe.. rezeki orang berpuasa kan, alhamdulillah jadi. tak tawar tak masin tak masam.. sedang elok. resepi : bawang + cili kering (aku pakai lada boh je) + belacan sikit + air asam jawa + serbuk ikan bilis seketul+garam+gula.. jadi meh...  belah kanan tu nasi lemak. lagi sekali amik daun pandan jiran belakang. malu i dua hari dah duk minta daun pandan dia. hehe. acik tu kata nak buat kuih ke... tak lah, wat nasi lemak je. hehe.. dah 8 hari puasa ni, aku belum sempat lagi kasi apa2 kat jiran kecuali pengasuh aisyah itu pun sebab aku amik aisyah dia kasi lah macam2.. duk kumpul pinggan dan bekas plastik dia je :-)

Okla.. tu je.. selamat berbuka puasa di hari ke 8 ye :-) bye. wassalam

1 comment:

Masya said...

saya baru tahu tips masak nasi lemak ni nak sedap masukkan sikit minyak dalam sesudu gitu ... bila nak kering.. seyes nnt nasi sedapp.. x lembik atau mentah.. saya dah cuba.. dulu mmg selalu gagal masak nasi lemak ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails