Monday, July 29, 2013

berbuka bersama family - awesome

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.. Hari ni dah 20 Ramadhan ye kawan2.. Weekend lepas, kami sekeluarga balik Kluang :-) hoyeah... walau pun, cuti tak dapat nak panjang2 sangat, dapat 3 hari 2 malam adalah pakej yang paling istimewa :-) semua ada kecuali adik aku no 3 je balik Kuantan. Kami bertolak dari opis (aku kena datang kejap ofis jumaat tu) dalam pukul 11. 45 pagi macam tu..  Sampai Kluang, dalam pukul 3 petang kalau tak silap.. Bawa kereta semasa bulan puasa sangat mencabar. Husband cepat ngantuk, jadi aku pun tak dapat tidur.. huhu.. aku kena teman dia drive. kalau tidak, belum kuar tol sg. besi aku dah zzzz.. hehe.. Lagi satu cabaran ialah, membau makanan budak2 ni haa... sedapnya KFC diorang, berasap2.. hehe.. pastu dak kecik aisyah makan whipped potato pakai tangan, comot terus kerusi kereta. ada lagi sampai sekarang, bila ntah nak basuh kereta.. habis lah comot kereta ibu tau.. 

Sampai2 je, aqil lah yang paling excited sebab ada kawan kan. abang aiman dan adik affan.. terus segar bugar matanya.. cuma aisyah je lah, dia lambat sikit warm up.. dia nak main juga join diorang, tapi adik terkedek2 sangat.. hehe. kena tinggal lah dengan abang2 tu. takpelah, adik kawan dengan ibu je.. Mama dan ayah, alhamdulillah sihat walafiat. dapatlah tengok perut adikku memboyot, even duduk ampang kajang tapi lama tak jumpa kan.. 

Menu berbuka hari tu penuh satu meja.. seronok kan berbuka ramai2.. aku tolong2 kat dapur sikit2 je lah.. mama masak menu biasa yang menyelerakan, ayah beli lagi mee goreng dan kuih kat bazar.. Jom tengok menu first day buka puasa bersama family.

penuh meja.. alas paper je, senang mengelap.. :-)

my mom's signature dish. sambal sotong. adik beradik aku suka sambal sotong ni.. tak sampai sahur dah habis..

Then, esok pagi2 (pagilah sangat) janjinya pukul 9 nak gerak ke JPO. last2, pukul 10.30 baru gerak. Sejam setengah jugaklah ke sana, banyak persinggahan di petrol pam sebab ayahku cari diesel nak isi pajero dia.. sampai JPO, tak berapa ramai time tu, tapi bila dah pukul 1 lebih tu, ramai orang.. Aku cari seluar jeans levis.. sebab dah sedap pakai masa beli kat sini dulu, konon nak tambah satu lagi, banyak yang dah tak de saiz. kalau ada pun legging.. koser aku legging2 ni nanti kena ceramah dengan cik abe. hehe.. nak tak nak, kena lah amik juga murah wei.. yang boot cut saiz 25. haa ada berani.. ngam2 ok.. kalau raya nanti tak muat, aku let go lah. haha.. salesgirl kata dia mengembang lepas basuh. hope so lah *sedapkan hati*

Tu jelah yang aku dapat. dua kali juga aku masuk clark nak cari kasut raya. dah berkenan satu sandle ni, sedap pakai. tapi warna pink berkilat husband kata fashion victim. please lah. terus tak jadi okey. huhu. nak kasut raya!!

ni budak aqil.. sekali lagi terliurkan kami, beli aiskrim baskin robin tapi dia makan colour rice je.. sabo je lah, ingat murah ke nak oi aiskrim tu.. huhu

dak aqil..

kaki dia terkena percikan bunga api.. kuat gila melalak. aku ingatkan kenapa. besar jugak kot percikan bunga api tu sampai berlubang kulit dia.. hmm.. ada pakcunya menjaga tapi tak tahulah apa di buat kat luar tu..

the next day tu, tak serik. tapi nampak berhati2 jugak dia main tu..

Aim budak2 ni kalau balik rumah tok ma, nak main kolam. terpaksalah aku mengepam kolam besar tu.. haish bulan2 pose ni memang keletihan nak pam kolam tu. gilir2 dengan aqil dan aiman pam kolam. haha.. mainlah korang sampai kecut.. 

Then, hari Ahad pagi tu lebih kurang jam 10 pagi, kami pun gerak balik KL. aqil nangis2 tak nak balik, nak tinggal rumah tok ma. pujuklah dia kata nak pegi Jusco lah, nak beli mercun lah.. akhirnya ikut juga.. mahu tak ikut, sape nak kutip balik kalau nangis2 rumah tok ma.. petang tu, terpaksa ayahnya cari bunga api. sian dia nak main, tapi tak de orang nak layan. nampak macam boring je dia main sorang2, siap kena marah dengan ibu lagi, sian aqil. huhu. 3 batang je main.. pastu lilin dah terpadam, terus ibu cakap, kita sambung esok eh.. :-)

Dan malam tu, kami tidur awal.. dan hari ni pegi keje.. terasa bosannya pegi kerja naik lrt ni weih.. penat turun tangga naik tangga, aku kira2 dalam 70 ++ anak tangga tau.. manalah tak kurus O_o  . ok bye. wassalam..


1 comment:

Lida Rahim said...

waaa... banyaknya kena panjat tangga...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails