Thursday, July 25, 2013

asal teringat je, menyirap

Assalamualaikum..

Salam ramadhan hari ke 16 :-) selamat hari gaji semua. mentang2lah hari gaji, dari semalam lagi aku tak boleh bukak online banking aku.. asyik reloading then error sampai ke sudah.. banyak bil nak bayar ni. settlekan hutang cepat2 baru leh fikir selebihnya untuk hari raya.. Syukur Alhamdulillah ada duit bantuan khas kerajaan untuk hari raya ni. Duit tu je lah nak buat tukar duit raya. haa.. bukan makan sorang tau. duit yang dapat tu untuk orang lain jugak.. rezeki yang sama-sama dikongsi..

ingat lagi tak baju raya yang aku pos ke Kluang tu? ditujukan khas buat nyonya belakang coro.. dia call semalam, katanya baju aku dah siap.. good job. last sekali dia kasi harga, haaa amik kau.. mahal gilos.. dia kata tak tidur malam buat baju aku. sabo je lah. baju aku tu kain murah2 je.. bukan mahal pun.. paling murah upah dia amik RM90 dan ada kain aku beli kat Jln TAR tu rm 50 ke below lagi harga nya. yang tu dia amik RM 110 kalau tak silap, sebab ada batu. adoi.. aku ni rasa macam nak jerit2 kat telefon tu. apasal cekik darah sangat nyonya oii.. dulu pun 70 aku dah rasa mahal.. 

Aku ni regular customer dari zaman kecik lagi ok. tu yang mak aku malas nak hantar kat dia, harga dia memang dah macam butik dah. kedai dia kedai kayu je.. tapi baju dia sedap lah juga pakai. cino kang jahit cantik. memang teliti lah. tapi teliti dia tu tahap cekik darah nak mampos. aku kalau ingat pasal harga baju aku ni, aku rasa berasap je telinga.. total untuk 4 helai baju tu RM 380 tau... nak melompat2 dengar ok.. tak sangkalah aku request date nak bila, dia kata okey je.. rupanya.....

Lepas ni jangan haraplah aku nak hantar kain kat dia. ni yang aku nak buka mesin jahit ni. tapi aku jahit tak kemas.. huhu.. aku hantar last minit sebab kain pun beli last minit.. pastu orang kasi lagi kan.. nak lah juga buat baju raya kan.. buat tambah2 baju.. 

Hmm..  menyirap pulak aku bila ingat pasal baju ni. terpaksa aku korek2 tabung :-( Okeylah. actually kerja aku baru settle.. Tunggu bos sign tapi bos meeting pulak. esok aku cuti tapi kena datang opis sebab ada majlis serah tugas. pastu terus zass nak balik johor.. tapi sebelum tu nak singgah lenggeng dulu tengok bapa mertua yang tak berapa sihat lately, kencing manis...

Ok.. upss korang dapat tak khatam Quran bulan pose ni? aku tak dapatlah, ngaji sorang2 je.. 

bye. wassalam




6 comments:

Masya said...

saya baca pun meyirap... kt pernak terkena tempah baju kurung biasa jer pun kat cina 2 thn sudah dia cas rm 55, okk buntang mata nak bayoo pastu tobat nak hantar kat kedai tu .. walaupun dia jahit sedap hahahahha....

kt org kat opis baru khatam tadi..

sisanizu said...

su....aaa mahalnya...tak sanggup dgr..baik beli bj yg dah siap kalau mcm tu..mesti lg cantik..kalau dah smpai kos lebih seratus tu..hu hu..

sy ni period dah 9 hari tak pose. esok pun rsnya tak pose lg ni...rugi..rugi...lmbatla khatam quran. stress plak rs.. sbb tahun2 seblum ni selalu tak de cuti.pose penuh kan. mklumlah tgh mengndunglah..menyusu lah ,,tak period ms ramdhan.bahagia betul ms tu..tak yah ganti2 pose

ejaMaria said...

huhuhu... kalau dah mahal macam tu baik hantar tempah kat kedai cino kat Key El jerrr...

Nur Hasyimah Mahasan said...

Mak aii mahalnyer..terkezut dengar...diriku jahit kat kuantan...kak ipar hnatr tempat yang dier kenal..almost harga sepasang 25 - 30 hinggit jer....tu yg seronok tempah tu..jahitannya pun ok...

umifariswafiq said...

Oooh cian lok kak sue.. Mahal gle.. X penah2 tmpah bj mahal mcm tu.. Sbr ye kak sue... Kalu fiza pn grm jgk dpt harga tak setmpal.. Hoho.. Rm110 blh beli bj siap cumil2 tau klo kt trg ni...

Sbr ye kak sue.. Dugaan bln ramadhan :)

Roslida M Jani said...

wahhh mahalnya...mmg menyirap mcm ni...huhuh...saya dha lama beli ready made je...alasannnya mak sendiri tukang jait, tapi dia dah sakit lutut, kalau beli kain, hantar tempah nanti dia membebel nak jahit sendiri...so beli la ready made senang dia tak yah jahit...hehehe

btw sis nak share contest di blog, jemput ye... www.roslidamjani.com :))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails