Wednesday, July 10, 2013

1st Ramadhan 1434H

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan.. Dah puasa ye kawan2. macamana pagi tadi sahur tak? Alhamdulillah, hari ni dapat bersahur bersama suami, walau pun ahkak tak pose. rasanya esok dah boleh puasa kot. Kalau diingatkan dah 4 tahun kot puasa dapat penuh tapi tahun ni puasa dah rongak.. Dolu2 kalau tak puasa sebab masalah kesihatan masa pregnant. tu jelah. tahun ni sebab 'kawan' dah kembali normal, alhamdulillah..

Preparation nak berpuasa dah prepare lama dah. hehe. tak de gi soping groceries pun sebab masa dapat gaji hari tu dah beli kan. ni kat opis ada giant, tengahari beli barang kat giant je lah. hmm awal2 ni je lah boleh beli kat Giant, next week dah masuk opis baru, tak tahulah nak berjimba kat mana..

Tadi pagi sahur lauk jiran bagi semalam.. tu je lah. semua sejuk. hasben kata tak payah panaskan. dia nak makan sambil tutup mata agaknya :-p kalau ikut aku tak syok lah makan sejuk2, tapi sebab aku tak pose, ikut suka hatilah kan.. belum masuk tengahari pun, semalam lagi aku dah ada menu apa nak buka hari ni :-p

Jadual masuk opis bulan puasa adalah seperti biasa tapi kitorang naik motor. hmm.. bulan lepas dah beli motor baru :-p baru ada keyakinan sikit kalau nak pegi keje naik motor. motor lama tu tinggal nak jual atau nak hantar balik kampung je..time2 bulan pose ni kan semua orang rushing. tapi tadi pagi jalan elok clear je. sampai opis pukul 7.30 pagi. haa awal gila. keluar rumah rasa dah lewat dah macam pukul 7.10 macam tu.. tapi jalan clear. balik ni tak tahu lah camana rupanya..

Okeylah.. selamat menunaikan ibadah puasa semua muslimin dan muslimat.. banyak-banyakkan amal ibadah seperti solat tarawih, solat tahajud, membaca al-Quran.. kurang2 kanlah main internet tu yek dan juga game yang seangkatan dengannya. nasihat untuk diri sendiri jugak. hehe..

Ok. nak kena kemas barang before pindah.. slow2 bawa balik rumah sebab nak angkut banyak2 tak boleh, naik kuda je kan. hehe.. bye. wassalam..

1 comment:

~MommyAida~ said...

Selamat berpuasa su..Aida pon sahur tadi, mkn yang simple-simple je..senang..hihih..lepas ni opis kat mana?jauh plk ke?hihi..sibuk nak tau..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails