Thursday, June 6, 2013

Tips : anak sawan tangis atau terkena gangguan

Assalamualaikum..

Just nak share kat blog dan kawan2 readers.. tadi ada kelas tafsir.. Salah satu soalan pelajar ialah bagaimana cara nak atasi tangisan anak kecil yang berlarutan. Kadang2 kita pun tak pasti kenapa anak tu menangis. adakah sakit perut, lapar atau terkena gangguan jin dan syaitan. kalau lapar atau kembung perut, senang je ubatkan. tapi kalau terkena gangguan bagaimana pula.. Berikut ialah salah satu kaedah atau cara ibu bapa untuk meredakan tangisan anak yang dikongsikan oleh ustaz Syafiq. 

  1. Dengar rentak tangisan anak. Sekiranya tangisannya makin lama makin tinggi (high pitch) mungkin ada gangguan. 
  2. Tengok masa dia menangis. Contoh setiap kali lepas maghrib pukul 8 je nangis, setiap hari.. menangis pada waktu yang sama. Bila dah kasi susu, dah timang2 dah cek pampers sume, nangis juga, mungkin ada gangguan.
Cara hentikan tangisan anak
  1. Azankan di telinga anak 7 atau 11 kali. Ibu pun boleh buat tapi tak perlulah pakai microphone :-)
  2. Baca ayat Qursi dengan 9 wakaf dan tiup di ubun2 kepala hingga ke kaki. Tiup senafas ye.
  3. Cuba alih tempat tidur anak atau bertukar bilik.
  4. Jangan letak benda2 syirik contoh kacip pinang lah, tali kasut lah etc2.. syirik tau.. tapi ustaz cakap kalau benda2 syirik macam ni, cepat pulak eloknya. itulah permainan syaitan nak uji keimanan kita.. bawa2 bertaubat.. 
Nak pagar rumah pun boleh buat sendiri.. Amalkan sepanjang 7 hari. 
  1. Mulakan pada waktu maghrib selepas solat
  2. Baca surah Yaasin
  3. Baca surah 3 Qul
  4. baca ayat Kursi - ayat terakhir ulang 11 kali
  5. Tiup pada air dengan kadar sepoi2 bahasa hingga habis nafas. bukan hembus macam tokmoh tu ye :-)
  6. Buat solat hajat dan berdoa dalam bahasa melayu pun boleh, minta Allah melindungi rumah dari segala gangguan. Tiup ke dalam air. Air sebaik-baiknya kalau dapat air kolah masjid yang orang amik wudhu' tu.. Contoh : kolam masjid kg baru
  7. Spray air tersebut dimulai pada penjuru kanan rumah dan buat sehingga bertemu kembali penjuru yang mula2 tadi. Bilik air tak payah ye. Sambil spray sambil baca ayat Kursi 9 wakaf tanpa henti.
  8. Buat selama 7 hari berturut2.
sekarang pun dah dikomersialkan minyak kasturi contoh minyak kasturi syifa'. Boleh sapu minyak tersebut di antara kening baby, sendi dan belakang telinga baby.. Juga boleh dicampurkan minyak kasturi tadi dalam air pagar rumah tersebut. Syarat seterusnya.. Orang2 dalam rumah tu kenalah sembahyang, baca al-Quran. jangan buat air je tapi tak laksanakan perintah Allah tak jadi juga.. 

Hmm tu je lah yang boleh dikongsikan. Ustaz ni datang tiap2 minggu ke Ofis untuk kelas tafsir dan dia memang ada belajar nak ubati gangguan jin dan syaitan kalau tak silap aku kat darussyifa kot.. sama2 lah kita cuba seandainya terkena. Usaha dulu selebihnya adalah kuasa dari Allah untuk menyembuhkan..

Sekian, wassalam

10 comments:

iduraz said...

ilmu dan panduan yang menarik...tq for sharing sis

*azni* said...

nice info sis..

IDAZS said...

ilmu yg sgt baik. tq :)

Masya said...

terima kasih kongsikan info mcm ni mmg baguskan .. minyak syifa tu memang membantu jugak.. kalau dis pray dihujung / penjuru rumah.. dan memang adalah kaedahnya kene ikut panduan ....

Suliana said...

welcome back :-)

Suliana said...

tq. sharing is caring :-)

Suliana said...

welcome back :-)

Suliana said...

sama2 masya :-)

aNNor said...

salam sis, anak sy kerap menangis, org ckp terkena sawan tangis. sy xtau nak buat mcamana lg. org pun xsggup nk mengasuh anak sy. sy dah mintak air penawar, still xjalan jgk...xtau lg nk buat mcmna

Dr Akbar Abdullah said...

Info yang menarik mengenai sawan tangis. Memang sawan tangis ada dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Selain itu, ia juga dikaitkan dengan masalah penghadaman bayi yang tak lancar yang menyebabkan perut kembung dan reflux asid. Tak semua sawan tangis memerlukan perhatian daripada doktor. Cuba tips-tips rawatan sawan tangis seperti mengkhayalkan bayi dengan muzik atau bacaan Al- Quran dan peluk bayi dengan rapat sebelum mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat doktor.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails