Tuesday, June 18, 2013

Percutian kali kedua di Lost World of Tambun

Assalamualaikum..

ok kali ni nak kongsi cerita percutian ku pada minggu lepas, khamis-sabtu. kami pergi anak beranak je.. memilih destinasi perak juga pada tahun ini sebab aku nak sangat pergi Cameron Highlands again.. hehe.. kami bertolak pukul 9 lebih kot, lambat bersiap. kemas2 basuh pinggan semua kan. sebelum tinggal rumah, biarlah kemas sikit, walau pun lantai tak bersapu. hehe..

Kami tiba di Tambun dalam pukul 12 lebih. kalau ikutkan standard check in pukul 3 kan, tapi rezeki kami, bilik dah ready. so boleh terus check in. di samping itu, memang tepat betul masa membuang aisyah.. pekung gile dalam kereta dia berak.. haa cepat2 settlekan budak busuk tu. lepak2 dalam bilik jap. Kami stay di Lost World Hotel. bilik yang sama macam tahun lepas..  Aku tempah kat Agoda kalau tak silap, semalam RM 190.. Beli tiket masuk theme park dia pun online juga, total kami 3 beranak yang berbayar adalah dalam RM116, aisyah tak kena bayar..

Nasib baik tak amik pakej untuk hot spring sebab hotel bagi free je tiket malam tu.. hmmm. tapi untuk kesekian kalinya kami tak masuk juga jalan2 malam dalam theme park tu sebab en husband jumpa kawan dia.. upps patah balik cerita.. selepas dah letak barang dalam hotel, mulalah kami mencari tempat makan.. dah penat sebenarnya, malas nak makan jauh2, kami memilih untuk makan di Pappa Rich kat bawah hotel je. tak banyak menu pilihan. Kalaulah blok hotel tu ada orang buka restoran lauk2 kampung, mesti lakukan. tapi sadis, kedai makan tak de pun kat area situ, kena pegi jauh sikit.. Ok, jom lah tengok gambar.. gambar adalah sikit2 dah letak kat FB. hehe..

aik. bilik yang sama ke ibu. patutlah macam kenal, aisyah pernah jatuh katil kat sini :-)

simple room but nice. even weekdays, orang hotel cakap bilik diorang penuh..

time to swim. hehe.. alhamdulillah, nak budak2 ni pakai cap. selalunya aisyah lah budak yang tak boleh ada benda atas kepala tau. aqil pulak pakai cap mak ida kasi.. kitorang melawat swimming pool tu pukul 2 lebih kot. Alhamdulillah cuaca sedang2 elok.. kami melawat sekitar petting zoo dulu. kali ni kami meneroka ke dalam lagi, tapi tetap tak jumpa harimau sebab laluan lain katanya. malaslah pegi. tak sabar nak main air. haha.. gambar kat petting zoo banyak kat tab ASUS.. jadi tak dapatlah upload kat sini.. orang tak ramai, cuma ada company event kat sini, meriah sikitlah..

kitorang main2 air dekat tempat yang sama.. tengok tu berapa ketul je orang yang ada.. hehe.. tapi air dia tak bersih ok. aku ni dok perhati je dalam kolam tu. yelah, dah lama tak pernah mandi kolam kan.. hmm air kencing manusia lagi dalam tu, lumut2 lah.. aiyak.. may be dia tambah klorin je dalam tu. aqil mula2 takut tau nak main slide tu. tapi lama2 dia yang tak nak keluar.. 

aisyah pakai baju renang aqil. nantilah tunggu dia besar sikit belikan baju renang girl yang comel2. kat dalam shop Lost World of Tambun ni, baju renang dia sangat cantik dan very muslimah ok. untuk anak2 pun ada.. untuk aisyah pun ada lengan panjang sume. cute sangat. tengok harga RM 99. ok tak pelah, next time ye. :-) kalau sape2 yang tak bawa baju renang, boleh je beli kat sini..

see.. ibu pun nak join sekali. hehe. dengan baju renang baru :-p layan anak2. hehe. ibu yang lebih2 ke.. haha

aqil sibuk nak bergambar dengan kura2 katanya.. aisyah pun seronok main air, asyik2 nak dekat ibu je..sejuk dia sampai ketar2 main air. tak boleh lama, terus balut dengan tuala. nak main slide pun tak boleh. licin. ada sekali tu aku saje lepaskan dia kat slide, ayah dia sambut kat bawah, terhantuk kat slide. sian dia. mujur tak kuat.. nangis jugak. huhu. 

aqil yang excited. dulu dia pergi ada upin ipin. now dia pun sibuk tercari2 mana upin. asyik panggil kolam upin je. hehe.. kami keluar dari kolam tu lebih kurang pukul 4 lebih.. salin2 baju semua bilas2 badan.. balik hotel, jalan kaki je. dekat.. bagi susu kat aqil terus zzzz... akibat dari mandi kolam tu kan, badan aku habis gatal2.asyik tergaru2 macam berukmatyeh je..mesti kesan air kolam tu, tapi orang lain rilex je tak gatal pun. kegatalan tu membawa ke cameron sana. adoi, memang terseksa lah asyik menggaru je.. alhamdulillah, now gatal2 dah tak de, hilang sendiri.. malam tu cari ubat gatal kat Giant tambun, mujur ada famasi kat situ..kalau tak, menggaru je lah den sampai ke pagi. huhu. dan makan malam kami, biasa2 je, makan ringan2 sebab tak rasa nak makan berat pun sebab en suami dah makan dengan kawan dia..

ok ni muka fresh bangun pagi siap2 nak bertolak ke cameron. masa ni tak perasan breakfast kat mana di kupon tu. rupanya bukan di pappa rich lagi. patutlah tak orang. breakfast free kat dalam theme park sinun.. garden terrace. maka, berjalanlah keluar dari pappa rich tu.. malu kejap.. hehe

aisyah dan ayah.. on the way pegi breakfast di garden terrace

pandangan pagi

aqil dan mascot meow meow.. hehe

camwhoring depan cermin before check out.. ni lah en suami kita. haha. macamlah tak pernah kuar muka dia dalam blog i ni :-p terima kasih abang sudi bawa kami jalan2. hehe tahun depan bawa lagi ye :-)

Ok, tu jelah cerita kami di Lost World of Tambun pada tahun ini. to be continue dengan cerita di Cameron Highlands.

Bye. wassalam


7 comments:

mama maman aka yana said...

tak pernah gi sana lg.. hhmm.. cam besh je

Imani Iwani said...

bestnyer dpt gi jalan2 :)

:: Mrs.SyahNia :: said...

salam pkenalan sis,

wahh bestnya dpt mandi manda
puas2 cmgini kan..

Suliana said...

best best best :-)

Suliana said...

sekali sekala imani :-)

Suliana said...

salam perkenalan..

terima kasih singgah..

:-)

Masya said...

wahh siap tidur kat sana.. bestnya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails