Friday, June 21, 2013

Lavender Garden, Cameron Highlands

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat. Now boleh tarik nafas lega sikit. sikit je... Ok, mari sambung percutian ke Cameron Highland pulak. kali ni, cerita adalah berdasarkan kepada setiap lokasi lawatan yang kami pergi. Perjalanan dari Tambun ke CH mengambil masa lebih kurang sejam lebih melalui Simpang Pulai.. Oklah jalan ni, memang ok sangat cuma biasalah jalan ke tanah tinggi memang bengkak bengkok tapi tidak seteruk jalan Tapah. Later aku cerita pengalaman pulang melalu jalan tapah..

Setibanya di CH, hati di teruja sangat.. hehe. macam lah pegi obersea kan. nak buka tingkap konon nak merasakan kesejukan udara di CH, tapi kejap je dapat sebab asap lori dan bas lagi dasyat baunya.. Tiba2 ternampak satu taman bunga yang cantik sangat.. Cepat2 berhenti. Kalau tak silap kat Tringkap kot area taman bunga ni. namanya Lavender Garden. memang akan nampak dari tepi jalan. cun sangat.. tempat tu baru buka dalam 3 bulan kata peniaga di situ..

Kalau ikutkan hati nak pergi hotel terus tapi macam awal lagi kan. singgah je lah. excited ok. tengok bunga2 yang pelbagai warna. walau pun macam tak de bau sangat. hehe.. masa ni pengunjung tak berapa ramai. adalah dalam satu bas dan beberapa buah kereta..semua tempat nak amik gambar tau. tapi masa ni hp aku dah nak habis bateri. gunalah tab untuk amik gambar tapi tak dapat nak upload kat sini sebab tak bawa tab. hehe.. Ok, jom sambil cerita sambil tengok gambar.. oh kat sini masuk kena bayar Rm 5/person. macam aqil dan aisyah tak kena bayar.

nama pokok tak tahu.. yang tahu nak snap je kan, tak nak tengok nama pokok pun. huhu

ibu dan anak2nya.. excited tengok pokok cantik, nak tanam sendiri tak menjadi je. hehe

pakai baju poplook.. anak2 yang nak pakai topi, alhamdulillah.. panas juga tapi nyaman..


bunga2 pink. i loike... :-)


 satu family :-) ni pun panggil orang tolong snap kan. hehe.. ada lagi gambar cun tapi dalam tab lah. huhu

cantikkan bunga. macam lukisan..

dalam garden ni ada kedai cenderahati.. sweet sangat dia jual barang2 warna purple. tapi aku tak beli pun. tengok je. tapi bila tengok gambar2 ni balik rasa macam ruginya tak beli. terlalu comel warna itu :-)

see.. sweet kan bila dah kumpul banyak2 macam ni. cer bawa balik rumah, mesti habuk sepikul :-p

lepak kejap.. sambil makan jagung cawan.jari ibu bengkok, kononnya telinga rabbit untuk aqil :-D

pic ni aku buat profile picture fb. hehe.. ni la kot bunga lavender. tapi tak de bau lavender pun :-p

Ada lagi gambar comel2 (perasan) tapi dalam tab. aqil dan patung hello kitty yang pelbagai gaya.. sebab ini destinasi pertama kami, kami beli stoberi je lah. aqil yang nak stoberi.. lepas tu muak dah tengok stoberi sebab semua pun nak jual stoberi kan. hehe. tapi stoberi kat sini segar.. yelah, makan kat sana lebih sedap. bila dah bawa balik rumah, penyek terus kalau yang terlebih masak tu kan. tu belum kira budak2 teraburkan stoberi on the way back via jalan tapah. haru ok dengan jalan benkang bengkok nak kutip stoberi yang berterabur kat seat belakang. nasib ibu tak muntah.. cuma asyik sendawa angin je lah.. 

Ok cite sikit perjalanan balik lalu jalan tapah. hasben lah yang nak cuba, dah orang kata jimat sejam masa perjalanan. actually aku dah pernah lalu masa bujang2 dulu. jalan dia boleh tahan ngeri gak tapi okey lah kan. cuma tak boleh laju dan tak boleh potong. sebab jalan dia sejam setengah tu memang berliku2 sampai habis. Lagi menakutkan gaung dan tompok2 tanah runtuh. tapi jalan ni dah ok sikit compare masa aku pegi bujang2 dulu.. dah boleh jangkalah jalannya memang berliku. kalau kak long aku lalu sini konfirm terburai isi perut muntah. hehe. Ada banyak orang jual petai dan kraftangan rotan.. kalau naik kereta besar dah angkut dah kerusi goyang aqil :-) dah nak habis jalan tu ada Lata Iskandar, air terjun yang cantik. ramai orang berhenti. kami tak berhenti lah.. kejar masa nak habiskan jalan yang membosankan. aku pun tak tido tau, tahan mata sebab jadi instructor kat sebelah driver. hehe..

Oklah, nanti aku sambung lagi dengan cerita kat lokasi lain pulak :-)

Bye. selamat hujung minggu.. wassalam


2 comments:

umifariswafiq said...

cantek sgt! nk kne pegi nih hehehe :)

Suliana said...

pegi pegi ye fiza :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails