Thursday, June 27, 2013

ke manakah perginya fulus

Assalamualaikum..

Hai, saya muncul kembali :-) selepas beberapa hari yang agak busy plus semalam pergi kursus sehari, cik kak ni muncul kembali :-) ada orang rindu tak? hehe.. tak kiralah orang rindu ke, orang tak rindu ke, tak de orang heran pun. aku je yang biarkan blog ni berjerebu sama dengan keadaan sekarang. bukan sengaja dibiarkan tetapi memang tak sempat nak buka blog.. hari ni je baru boleh blogwalking dan tulis entry sikit2:-)

Ok, saje je nak cite aktiviti di hari gaji. dah dua hari lepas pun gajinya. baru semalam selesai bayar bil2 dan selesailah segala2 nya. sila duk diam2.. tapi sebelum menyelesaikan hutang2 tu kan, mesti upah untuk diri sendiri dulu kannnn.. hehe. yolah, penat bekerja, upah sikit lah :-)

Dapat je gaji terus pegi Jusco. yang kebetulannya nak beli barang dapur. kuingatkan minggu depan ni puasa, rupanya minggu lagi satu.. patutlah macam tak ramai orang, lagi pun weekdays kan, tu yang tak ramai tapi sebenarnya ramai juga. hmm camana tu, belit2 cerita.. faham2 sendirilah..

Kami pegi Jusco beli barang2 keperluan dapur. pastu beli kasut aqil dia nak pergi trip hari ni. dah selamat pergi kot. Join taska lagi satu, owner dia ajak budak 4 tahun nursery join sekali. Kena pakai baju putih, suar warna gelap. nasib baik ada. kasut dan botol air pulak kena gantung kat leher.. kasut tu merangkap kasut raya jugalah. hmm dia tengok kasut tom and jerry terus nak nak nak. sekali tu RM 80++. ish ish ish.. tak boleh tak boleh.. bukan selalu pakai pun. membazir je beli mahal2, untuk ibu ayah tak pe. hehe..

alamak, tido lagi ke aqil oii.. pic pagi tadi. minum susu sebelum pegi sekolah. suruh minum cawan tak mo, cikgu dia je boleh suruh pakai cawan. kalau ibu suruh bolayan..

kasut kikilala aqil. hehe. kena pakai stokin. simple je selagi dia belum kenal erti cantik :-p kasut ni pun ngam2 sebenarnya. asal tanya saiz lagi besar, manjang tak de. ni saiz 27. beli yang lubang2, senang udara nak bergerak:-) suka sangat dia dapat kasut baru. asyik cakap nak naik bas. semalam diam2 dia pakai kasut, kitorang tengah solat, tahu2 dengar orang buka grill dan gate. tengok2 dia berlari2 pergi rumah pengasuh aisyah, nak tunjuk kasut baru. sabo je lah. pandai kuar rumah sendiri, balik kena marah, kalau kena culik camana. haish...

hasil dapur bulan ni.. tengok banyak dah bahan2 nak buat kuih raya dia longgok kat satu tempat. senang nak cari.. ayah aqil bayar ni. hehe. amik je apa2. kuang kuang kuang.. tq suamiku. semoga murah rezeki selalu. doa isteri ni tau :-p dapat pahala belanja keluarga :-)

aisyah yang tak nak duduk dalam troli. hee.. geram rasa. nak tergolek pinggang i ni dokong dia.dah lah kasut tak bawa. kalau ada kasut pun, nak tunggu dia jalan terkedek2, lambat.

my babies :-) aqil semalam asyik kena marah je. yelah, sikit2 tumpah, sikit2 berterabur. ibu pulak macam kepenatan semalam. tido awal. ada je nak buat naik darah ibu. sebenarnya kesalahan tu tak delah besar mana  pun, tapi timing tak kena kan. sian Aqil. tapi budak laki kan, dah kena marah, nangis sekejap eh buat lagi, terlompat2 sengih2 pulak.. hmm gasak mu la nak. Aisyah pulak oklah dah mahu makan tapi sikit2 lah. suka panjat bangku. dia kejenya berjalan je.. kalau dia duduk diam pun time menyusu.. tak pelah, jalanlah nak.. jangan jatuh sudah. jangan kutip sampah masuk mulut ye. hobi dia yang satu ni masih ada lagi. kutip benda masuk mulut -_-

hadiah untuk ibu :-) tapi beli sendirilah. tudung bawal aidijuma. semua lawa2. kain dia pun tak nipis sangat macam bawal biasa. labuh elok. ni ada promosi lagi, tudung ni sehelai RM45 tapi beli 3 dapat RM120. so kitorang share2 lah dengan kawan2 sorang selai.. cantik dipakai dengan baju kosong. sunflower cotton kalau tak silap.

yang ni circle cotton kot..

ha. hadiah untuk ibu lagi. kuang kuang kuang. banyak betul membeli ye. ala kali ni je kasi chance lah. bulan depan gaji beli baju raya anak2 pulak -_-. supplement untuk ibu. ostematrix dan ESP. Ostometrix tu beli sebab hari tu tiba2 sakit gigi. asyik sakit gigi je kan. may be kurang calcium. rupanya adik badik aku yg pompuan sume makan ni. bagus2. dah separuh kot makan. yang ESP tu baru beli 4 hari lepas. kebaikannya katanya nak tambah susu or mengenyangkan lebih2 lagi nak puasa ni kan, tambah tenaga.. ada kelebihan lain untuk kulit terus laju je beli. haha. macam2 lah aku dah try. ephyra la. tapi may be ephrya tu tak serasi dengan aku. tak nampak pun perubahan. dah 3 kotak beli dulu. lain orang lain effect dia kot kan.. yang ESP ni pun belum nampak perubahan lagi, yelah, baru 4 hari makannya...

Oklah, tu je nak share..

Bye wassalam..

8 comments:

Asyifa Mustaffa said...

esp tu....beli da bebulan..x abis2 lgi...kdang mlas pun iye gak...time beli kemain eksitednya....

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

ksut kikilala tu sama ngan yg lnda tgk masa warewouse sogo last week, rm23 tak silap,
dah pegang dah utk ilham, last letak blk sbb tgk org bratut punyalah panjang, rasanya sejam pun tak abis.. f
mana perginya fulu..?? klau bulan depan bulan posa, lg la, jap je, g bazar ramadhan pun dah abis suku ratus dah.. huhuhu

Masya said...

banyak jugak fulus dibelanjakan hihihihihi ... nnt raya kulit cantiklah minum esp ni.. selain pekatkan susu ...

Suliana said...

rugilah tak makan. beli mahalkan :-) tapi mmg tahan berbulan kot, byk..

Suliana said...

ha.. murah lah linda. yg ni tak de diskon 46hengget. huhu. bulan puasa lagilah cepat, kena duk diam2 kat opis. balik rumah masak je :-)

Suliana said...

hehe.. hope so. tapi susu mmg nampak pekat sikit..

Schakeyra said...

Sis, tdung tu klau dh tknk, letgo jt sy ye hihihi

tiem said...

salam sis.. kalau sis nak jual tudung 2 aj ni saya berminat nak beli.. ni no hp saya ye 0179776712

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails