Friday, June 28, 2013

Jumaat hari murah rezeki

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat. Semakin menghampiri Ramadhan, semakin murah rezeki :-) Allah kabulkan permintaan hamba-Nya, langit dah kembali cerah.. Syukur Alhamdulillah.. Hari ni ada jamuan kat floor kami.. potluck. bawa lah sikit2 makanan dari rumah. tapi kitorang cari benda yang boleh masak di ofis. sebab masing2 naik tren, takkan nak bawa periuk2 naik tren kan.. kot tumpah lauk ke apa dalam tren camana.. Ada kemudahan Giant kat bawah opis, senanglah beli barang kan :-)

Unit kami masak Lontong. aku bawa dadih je. perisa strawberry :-) itu je aku boleh bawa sebab semalam aku kena buat kek untuk kawan aku. takut tak terhandle. tu pun aisyah dah ke hulu ke hilir nak nenen.. dah buat muka sedih dah.. huhu.. alhamdulillah, settle. senang je ek buat dadih ni. aku jarang buat. tapi kalau ada pot luck aku pilih wat dadih la, senang sikit. haha..


budak2 unit kami. antara yang paling lama. aku dah nak masuk tahun kelima kat sini. kawan2 yang lain lama juga tapi dalam 1-3 tahun 

campur2 dengan unit lain..

orang kuat unit belah sana:-) menu diorang spagetti, nasi goreng, sate..

dessert

ni yang penting ni. aku buat. haha.. simple je tu pun nak kecoh kan. kecoh juga suruh orang makan habiskan. kuang kuang kuang..

ni lah kek semalam aku buat. red velvet tapi kawan ni nak separuh je. separuh lagi untuk ku di rumah :-)

tuan empunya kek. untuk seseorang yang istimewa katanya :-p

Bila dah makan, kenyang.. mata pun layu je.. nak tidur tapi tak mengantuk pulak mata ni.. huhu.. selamatlah tak keluar hari ni :-D minggu depan hari Jumaat dan Sabtu (5&6 Julai) sogo buat member sale. yahuuu.. inilah yang ditunggu2. hehe. macam nak cuti je, nak gi tengok2 baju anak2 je. hehe.. oklah. tu je nak share. bye. wassalam :-)


3 comments:

Masya said...

iyalah nak puasa ni murah rezeki.. kat opis pun sama... jamu² makan ni... kfc pun ada kt makan jer.. dah org belanja hahahaha

Sura Mohd said...

wahh..sronoknya makan2..Salam Kenal dari kak sura.:)

Schakeyra said...

Nmpk ada kwn pkai tudung olive...urgh..cntik...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails