Tuesday, June 4, 2013

Candy Crush Saga : pun dah terjebak :-)

Assalamualaikum..

Hai!! orang lain dah lama kot main benda alah ni. aku je baru nak berjinak2.. hehe.. Now dah level 23 baru..  dah lama tersangkut kat sini.. dan tengok ramai juga kawan2 ku yang tersangkut kat level ni. any tips? hehe.. Actually aku install kat tab ASUS. sekali tu en suami ku dia tak pernah main, tiba2 dia sambung je main level 17 kot kalau tak salah masa tu. tak best lah kan orang kacau kita punya game. lalu, nak tak nak, aku install juga kat SII ni.. walau pun storage dia agak besar.. Mujur aku dapat memory card baru 8GB free, so aku transfer gambar2 dalam SII ke dalam memory card.. ada 1700++ gambar = 6GB ok.. haa.. banyak tak banyak gambar tu, itu pun dah delete.. so SII aku ada lega sikit lah space tu kan..

Berbalik kepada game terbaru selepas BINAKATA. tak main dah BINAKATA tuh. haha.. Dulu, aku siap block lagi apps game ni dalam FB. sebab ramai benar invite. sekali tu, dengan aku dah terjebak. nasiblah hp aku ni tak de line tenet, kalau pakai line opis pun memang block FB dan game ni.. kalau tak, tak jadi kerja okey.. so, now terpaksalah buka balik, nak minta nyawa katanya. hehe..

Tapi aku select jugalah kepada sape yang aku nak minta nyawa tu. kang tak pasal2 kena marah dengan kawan2 yang tak main game ni. budak2 opis adalah main, so dengan diorang je lah kalau nak minta nyawa pun. dan peserta yang paling aktif sekali adalah mak aku okeh.. mak aku pun boleh tahan main2 game ni. hmm.. aku pulak, jenis tak tahan mata tengok warna yang terang2 ni.. sakit mata gak tengok game kalerful ni.. kejap je lah main pun. 

lagi satu problem, aqil pun sibuk kacau main game ni.. hmm dia pun nak main juga. dahlah tinggal nyawa2 ikan, nak juga dia tekan2, nak donut lah, nak gula2 lah. kadang tu dia tanya "ibu main gula2 ke". hehe.. kadang tu terjerit2 marah dia main game tu sebab nak simpan nyawa. haha. sian aqil. aqil main game dentist or buat burger je lah ye..

Oklah, tu je lah nak cite. korang kalau ada tips apa2 kasi tahu la ek.. mujur game ni ada mati - mati kan, kalau tak, memang tongkat dengan lidi agaknya mata tu ralit nak pergi next level :-)

Bye. wassalam..



6 comments:

Sharinginfoz said...

saya punya sekarang level 46, tips supaya tak habis nyawa, apa kata sebelum main tu bila life penuh, undur le jam let say, 10 jam ke then bila mati tambah 2.5 jam, then mati tambah lagi jam 2.5, so buatlah 4 kali then life boleh dapat 20 instead of 5 aja

Suliana said...

la ye ke mcm tu. tq for the tips :-)

Lida Rahim said...

hehe nanti leh la kita sama2 mintak nyawa... akak selalu hati2 gak mintak nyawa tu.. yg mana nampak kat perjalanan je yg akak mintak.. ramai yg marah kot htr noti game huhu.

oh lg 1 tip, guna gadjet 2-3 biji.. contoh mula2 main kat PC.. dah abis nyawa.. main lak kat hp.. habis lg main kat ipad haha..

dannn.. mmg budak2 ni suka kacau.. nak lagi bila dpt gula2 yg besar tu.. org nak simpan time kecederaan... deme suka2 jer pegi slide grrr hahahahahha

Suliana said...

kak LR,
hehe.. sama sangat dgn aqil :-) nnti kita minta nyawa dgn akak eh. hehe.. kita baru je lepas stage 23 ni. dah 3 hari stuck kat situ. wakaka.. gila main game ni :-)

Masya said...

nasib baiklah tak terjebak main game, amir dah ade pou.. dia sibuk jaga pou dia huhuhuhu .. tak kose nak jagakan ;p

Suliana said...

haa.. pou tu pun femes gak eh. tapi saya tak pernah try game yang kena bela2 ni. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails